Monday, August 1, 2011

Welcome Ramadhan


Post pertama untuk Ogos ni dah tentu la pasal Ramadhan. Ramadhan bulan ape ye adik kakak? Yeeeee, tepat skali! untuk puasa dan tambahkan amal jariah. hehe jadi ustazah kejap malam-malam ni. ada jugak karang aku tak tidur-tidur sampai la semua orang nak bangun sahur. kakak aku pun ada kat depan aku ni tak boleh tidur jugak. excited nak puasa esok la kot. :D

So kisahnya memang sebulan aku berpuasa sepenuhnya kat rumah tanpa bekerja, tanpa belajar. mungkin lepas ni dah susah nak dapat peluang ni dan mungkin aku takkan dapat peluang ni lagi. lain la kalau nanti insyaallah ada lagi cuti panjang macam ni. seronok la kalau tiap tahun macam ni kan. orang lain yang kena berpuasa kat kolej tu jangan marah okay? rezeki masing-masing. tak kisah kat mana-mana pun kena puasa jugak, sama je kan. :)

Kali ni aku harap dapat puasa penuh. lain la kalau tiba-tiba pulak terbentang RED CARPET, tu lain ceghitaaa. dulu-dulu punya kisah, biarkan je berlalu pergi tanpa perlu menoleh lagi. Selamat menyambut Ramadhan alMubarak ye semua! :)

0 debat-debat: