Thursday, December 10, 2009

imy



and yes. i cry again.

Wednesday, December 9, 2009

perasaan bukan perasan

love Pictures, Images and Photos

Bubbles Pictures, Images and Photos

semua orang pasti merasakan cinta. cinta pada Allah. cinta pada rasul. cinta pada keluarga. cinta pada kekasih. cinta pada diri sendiri. tapi aku ingin perkatakan tentang cinta pada kekasih. perasaan yang tumbuh tanpa dipaksa dan terpaksa. hanya orang yang mengalaminya saja yang tau betapa indahnya perasaan itu. macam kata orang dulu "makan tak kenyang tidur tak lena". haha. mungkin itu lebih sesuai untuk kategori angau.

apa yang penting dalam sesuatu hubungan? jika mau kan sesuatu itu kekal, jujur adalah salah satu sifat yang sentiasa perlu ada. apalah erti hubungan yang sentiasa mau menyembunyikan sesuatu antara satu sama lain. kata hati dah bersatu, kenapa tak boleh pula berkongsi cerita suka bersama, pedih bersama. jujur bukan saja penting dalam hubungan, tapi untuk keseluruhan kehidupan kita kan.

hubungan memerlukan kesetiaan. itu yang sangat penting. setia saja yang boleh membahagiakan. apa manisnya kalau suka bermain mata di belakang orang yang kita sayang? fikirlah perasaan orang yang mencintai kita. letakkan diri kita dalam keadaan mereka. mungkin dengan cara itu saja baru kita dapat memahami apa yang diperlukan dan apa yang tidak. tanpa ada setia, musnah semua impian yang di bina bersama. hargai orang yang mencintai kita ok.

p/s : rahsia hati.

Tuesday, December 8, 2009

patah hati?



pernah terfikir tak kalau satu hari nanti orang yang sangat-sangat kamu sayangi dan cintai pergi tinggalkan kamu? mesti akan jadi satu mimpi ngeri bagi orang yang begitu takutkan situasi macam ni. dapat bayang kan tak? ditinggalkan mati dan di tinggalkan kerana ada yang lain dua situasi yang sangat lah berbeza. mati sudah tentu ajal yang tak dapat nak di elakkan lagi. tapi ditinggalkan kerana ada yang lain mesti memberi satu tamparan besar untuk mereka yang benar-benar mencintai seseorang tu.

bila meluahkan pada orang yang sudi mendengar, pasti mereka-mereka yang lain akan memberi respon dan nasihat yang sama kan? "ah,kau cari je orang lain.berlambak orang kat luar sana" , "nak buat macam mana, benda dah jadi." , "terima je hakikat" . dan kamu sendiri boleh fikirkan macam-macam lagi respon yang di beri. tapi semudah itu ke orang yang kecewa tu menerima? mungkin benar ramai lagi yang lain tapi tak sama kan. serupa tapi berbeza. perasaan bukan mudah untuk di tolak tarik, di buang ambil, di padam tulis.

habis, apa boleh di buat jika situasi ni berlaku pada kita? bersabar dan tabah saja kunci pada situasi begini. mungkin kita tak mampu untuk mengubah seseorang menjadi apa yang kita inginkan, tapi kita boleh merubah diri menjadi yang lebih baik dan terbaik kan. apa pun yang terjadi, jalan penyelesaian sentiasa berada di hadapan mata. cuma bergantung pada kita untuk menilai dan mengambil yang terbaik untuk diri kita sendiri. yang lebih bagus, sayangi diri sendiri. :)

p/s : sepi sekuntum mawar merah.

Friday, December 4, 2009

what can i do?

what can i do to make you love me?

what can i do to make u care?

p/s : be with you.

Thursday, November 12, 2009

hari ini

hari ini tak seindah semalam.
pulangkan semula keindahan dulu.
:(

p/s : usah lepaskan.

Friday, November 6, 2009

apa dia?

online

syukur, ada kelapangan masa sedikit untuk mengupdate blog ni. kalau tak, baca blog orang lain saja selalunya. seronok juga baca blog kan. dulu masa muda dulu macam tak berminat sangat blog-blog dan seumpamanya ni. ahaha. cakap dah macam tua pulak . lagipun, dulu macam nak enjoy sepanjang masa. konon buang masa la baca ni semua. mungkin aku silap la waktu tu. tanpa sedar banyak juga yang kita boleh belajar secara tak langsung. bukan formal macam cikgu ajar murid-murid tiap hari kat sekolah.



rasanya macam nak bercakap soal kematangan. apa hal pun tak pasti. aku dikelilingi mereka-mereka yang sangat matang macam keluarga aku. tapi kawan-kawan pula ada yang kanak-kanak ribena, matang dan yang terlebih matang kononnya pun ada. aku? mungkin termasuk dalam golongan kanak-kanak ribena. hha! tapi bukan pada semua situasi. semua bergantung pada keadaan. tapi mungkin aku lebih selesa dengan perwatakan keanak-anakan. dipengaruhi persekitaran mungkin.


matang mungkin adalah perkataan keramat bagi aku. bila maukan kematangan tu, mesti akan dikaitkan dengan pemikiran dan sikap kan. apa cara untuk jadi matang? susah untuk kita fulfil kan permintaan orang kadangkala kan. dah terbiasa dengan diri yang sebelumnya mungkin. tapi apa-apa pun, kan lebih bahagia kalau semua dapat menerima kita apa adanya.


p/s: i'm not a girl not yet a woman.

Tuesday, October 13, 2009

apa yang tak kena?

apa yang tak kena ye? aduhai, susah nak diterangkan dengan kata-kata yang sekadar perkataan yang susah nak di fahami oleh hati. beku. sejuk. blur. macam-macam jugak rasa nak tulis. bila dah ada peluang nak coretkan, jadi la macam ni. mungkin sebab dah terlalu sibuk dengan hidup yang biasa-biasa ni. tak pula aku ceritakan mengenai sambutan raya aku. mungkin belum terlambat sebab masih dalam bulan syawal kan.


haha, barangkali raya kali ni lah yang paling tak best buat aku. sudah lah tidak dapat beraya bersama kakak tercinta, terasa hambar segala nya. mungkin di sebabkan ini tahun pertama aku tak berkesempatan menyambut dengannya kan. tapi tak mengapalah, masing-masing sudah punya hidup sendiri kan. dah masuk 13 0ktober kan! selamat ulang tahun buat kekanda tersayang. genap umur abang aku 20 tahun. harap sentiasa bahagia. :)

hidup aku? hm,masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. dunia baru. kawan baru. cara baru. dah terlalu manja barangkali. tak mengapa lah. mungkin mengambil masa kan. apa-apa pun yang jadi, hidup terpaksa diteruskan dengan hati yang lapang. betul kan?

p/s: complicated.

Sunday, September 20, 2009

selamat berhari raya

kad raya I

Friday, September 4, 2009

weirdo.

weird


power of beauty..? absolutely correct!

p/s: single ladies.

Wednesday, September 2, 2009

Malaysia satu

PUTRAJAYA: Lagu "Malaysia Satu" ciptaan Audi Mok, lirik Nur Fatimah, nyanyian Faizal Tahir diumum juara Pertandingan Lagu 1Malaysia.

Mok memberitahu pemberita, lagu itu diilhamkan daripada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang mengumumkan pemenang pertandingan itu turut menyampaikan cek berjumlah RM25,000.

Ketika berucap, Perdana Menteri berharap lagu itu akan menjadi inspirasi untuk menghayati makna dan maksud 1Malaysia.

-berita hairan, rabu, 2 sept 2009
------------------------------------------------------------------


Hairan juga aku..habiskan wang rakyat sebanyak RM25,000 untuk hadiah pertandingan lagu semata..?sungguh patriotik.. T_T


p/s: apo kono eh jang?

Tuesday, September 1, 2009

bingkisan hati

mesti semua antara kita pernah merasai alam persekolahan bukan..?masing-masing ada pendapat yang tersendiri tentang makna dan erti alam persekolahan itu sendiri..hm..siapa yang kata zaman persekolahan tu tak indah?tak menarik?tak best?mungkin tanpa kita sedari zaman persekolahan lah yang sangat menyeronokkan..kamu punya teman yang sangat membantu,sangat mengambil berat,sanggup susah senang bersama,mendengar rintihan dan ketawa bila berkongsi jenaka..tak kurang juga dengan berdebat mengenai sesuatu perkara yang bercanggah pendapat masing-masing..sungguh aku rindu zaman itu..

alahai,benar kata orang kan..manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dikecapi..bila menginjak ke alam yang lebih serius,mungkin jujur aku masih lagi ingin kembali ke zaman itu..sentiasa inginkan chenta hati bersama..masih lagi tidak bersedia untuk masa depan..masih inginkan teman-teman yang sama di sisi..masih inginkan segala-galanya tidak berubah..rindukan segalanya yang kini kenangan semata..boleh sesiapa kembalikannya semula pada aku?


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

p/s: jangan pernah berubah.

Monday, August 31, 2009

sepi di hari merdeka

Tak sengaja genggamanku terbuka
Lantas ku gapai bintang yang berjuta
Bintang yang kuimpikan menerangi
Takkan kubiarkan berlalu pergi

Andai benar kau menjadi milikku
Mencintaimu menjadi sumpahku
Namun jika hadirmu satu mimpi
Aku rela tidur sepanjang hari

Kutunggu mentari di hujung siang
Tak kusangka awan hitam menjelang
Sumpahku jadi tak pasti
Nyatalah mimpi, mimpi yang mati

Genggaman tanganku terbuka sepi
Mendambar dirimu satu ilusi
Bintang yang kugapai tak berpanjangan
Hadirmu di dunia hanya pinjaman


p/s: mimpi yang mati.