Monday, September 26, 2011

Lens oh lens



Alhamdulillah, hari ni dah genap sebulan pakai contact lens. Haha teringat sebulan yang lepas, orang lain kemain shopping baju raya, kasut raya, kuih raya dengan segalanya tentang raya tapi aku pulak sibuk nak beli lens raya. Lepas tu time raya bukannya pakai pun. Hajat memang dah lama sangat nak pakai but then tak berkesempatan. Tapi masa tu keluar jalan dengan ejoe, so tetiba rasa macam nak buat lens. Pun pergi la check mata and all that. 2, 3 hari lepas tu terus dating ambil lens kat kedai tu.

So far pakai lens memang rasa best. Rasa macam dah tak rabun lagi. Tapiiii, untuk 8jam je la tak rabun kan. Lepas tu dah kena remove. Huuu. Ramai orang cakap buat apa nak pakai lens, susah la leceh la itu la ini la. Hurm kebanyakannya memang betul sebab it takes time kan nak pakai. Kena cuci tangan bersih dulu, bukak lens box tu, bilas dengan solution dia, lepas tu bukak mata besar-besar, letak kat mata pelan-pelan and last skali kelip-kelip mata dulu. Haaa bunyi sangat leceh kan. Tapi banyak benefit kot. Depends la.

For me, memang tak ada keyakinan bila pakai spect in public. Tak tau kenapa. Spect pun sentiasa tersimpan dekat dalam handbag je kalau keluar. So memang natijahnya, jalan pun tak pandang sesiapa. Kalau nampak pun bukan jelas la kan. Bila pakai lens, senang rasa hidup. Tak susahkan orang lain, sendiri pandang, sendiri baca. Siap boleh tunjuk kat orang lain lagi. Hoho. Tapi niat sebenarnya memang sebab nak senang pergi kelas. Tak payah nak bawak spect la ape la.

Lens should be remove after 8hours but then aku pernah terlajak sampai 12jam. Memang pedih nak merah-merah jugak la mata tapi it’s okay asalkan jangan selalu buat. Boleh rosak mata dan menyebabkan terbentuknya lubang-lubang kecil dekat anak mata. Tu optometrist  la yang cakap. Kalau dah teruk sangat boleh jadi buta. Hah, nak jadi buta dik nom? Sure la taknak kan, jadi jagalah mata anda. Siap buat pesanan khidmat masyarakat tau. Kelas kau maria! :D


p/s: ada seorang kawan suka sangat menganjing suruh pakai color lens. Baru jadi Barbie doll sikit katanya :p

MASIF kononnya :D

Boredom strikes! and here we go, baru rasa rajin nak update blog plus broadband tak buat hal kan. haaa btw, dekat Seksyen 7 Shah Alam ni line Maxis sangat sucks ye tuan-tuan dan puan-puan. tak kira line telefon ke line  internet ke memang sangat rasa nak memaki hamun. kekadang tiba-tiba je dapat text tulis ada misscall, padahal tak bunyi langsung phone time tu. same goes to messages. kekadang sampai 5minit camtu baru delivered. nak call pun tak boleh. aduh sabar je la. mujur ada second phone guna line Digi. so selamat la sikit if ada something important kan.

Last week dekat KLCC ada MASIF 2011. uols yang tak tau apa tu silalah cari dekat encik Google. time ni Mira a.k.a. Ariy datang melawat saya kat Shah Alam bersama Lily. Mula-mula suruh diorang berhenti dekat KTM Shah Alam. fikir balik, Batu tiga dekat lagi kot. terus text mira. haha gelabah jugak la mira sebab dah dalam tren kan. nasib baik la turun Batu Tiga dulu baru Shah Alam. bersiap-siap nak amik kat sana lambat sikit. heee sorry darl tunggu lama sikit. :D lepas amik tu baru terfikir, lahh KTM Padang Jawa lagi dekat kot. haha takpe lah, baru lagi kan area sini.

Diorang tidur semalam dekat rumah then kitorang pergi KLCC sama-sama. konon-konon nak tengok show tapi takda pape lagi. so pergi la kat Galeri Petronas ada Pameran AntaraBudaya. sayang tak boleh snap picture sebab banyak art collection yang priceless. tapi memang cantik sangat plus rasa diri ni kerdil dalam lautan karya yang sangat bernilai. kalau la ada tangan dan otak yang kreatif macam ni kan indah. tapi satu je yang tetap tak boleh terima sampai sekarang. lukisan yang simbah-simbah cat tu. haha macam tak ada motif sangat. nampak sangat aku tak kreatif mana tak dapat nak tafsirkan lukisan tu.

So maybe that's all for now. sakit pinggang duduk menaip atas tilam. tataplah pictures tak seberapa ni. :D


muka inspired much lepas tengok pameran! :D

muka gf laaagi la inspired habis! dia kata tengok arts macam dalam drama. haha

penat lenguh kaki, buat muke mintak penampo!

yeah inilah mereka. left-lily, mira :)

p/s: kepada lesbos-lesbos ku yang lain, bila nak datang sini?

Sunday, September 25, 2011

Tempat baru

Assalamualaikum uols,

Dah lama rasanya jari jemari yang tak berapa nak runcing ni menaip laju untuk sebuah blog tersayang ni. haha ayat taknak skema habis pulak kan. it's been 2 weeks since dah pindah Shah Alam ni. Shah Alam treats me nice la so far. dekat dengan kakak. dekat dengan abang. dekat  dengan nenek. dekat dengan sedara-mara. mama abah nak datang melawat pun senang. masa dekat Melaka dulu rasa macam duduk Edmonton pun ada. haha. macam jauh di perantauan sangat.

Dekat sini duduk luar jadi NR. siapa tak tau NR tu apa? NR tu Non-Resident. panggilan untuk bebudak yang tak duduk dalam kolej yang diorang provide. rumah yang dapat ni tak cukup tinggi pulak sampai tingkat 3 dan ada 6 anak tangga. penat toksah cakap! sampai-sampai depan pintu je memang termengah-mengah. sebab tu kalau lapar sangat, kadang-kadang malas gila nak turun bawah beli makanan ke apa. nasib baik tak pernah lagi bila turun bawah then tertinggal barang plak kat atas. haruuuu dibuatnya nanti.

Tapi yang bestnya, kawasan rumah ni memang everything la dari ke kedai makan berlambak sampai la ke tempat karaoke pun ada. tapi karok jamban je la. hoho. kereta dengan motor pun memang bersepah kat area sini. orang yang bawak pun kebanyakannya otak bersepah. bawak kereta ikot sedap je. kat sini memang memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. kawasan kedai-kedai tu pun boleh jam sebab diorang ni yang sesukahatiperutlimpahempedu parking tempat orang nak jalan.

Faculty pulak memang tinggi membukit. siap ada tangga setinggi puncak everest. hehe hiperbola sangat ni. tapi best la ada fac sendiri. dulu kat Melaka mana ada fac. kelas semua main campur je dengan budak course lain-lain. banyak la pro and cons dia bila buat asing-asing macam ni kan. tapi memang senang la everything dekat sini-sini je. tengah-tengah fac tu pun ada cafe. so takpayah nak pergi jauh-jauh kalau dah kebulur tu. tapi fac kitorang bersebelahan dengan bebudak sport dengan admin science. hari tu taktau cari kelas sampai tersesat masuk building diorang =.=

So tu je la kot ringkasan tempat baru. :D

p/s: rindu Melaka pulak :(


Tuesday, September 6, 2011

Sum 41 tarik diri


Very short entry. still remember entry about Sum 41 concert! and this one Rockaway 2011 anyone? ? haa just wanna let uols know that Sum 41 dah tarik diri daripada concert tu. sila menangis wahai mereka yang nak juma Sum 41 tu. masalah ape pun tak tau la tiba-tiba tarik diri pulak. tapi concert tu still berjalan and you guys yang nak pergi tengok sila-silalah beli tiket sekarang.

Monday, September 5, 2011

Lepas raya

So this is my first entry for September 2011. hee banyak yang berlaku sepanjang tak update blog ni. dan aku tak wish lagi semua orang Selamat Hari Raya! :) dekat Facebook sekarang memang ramaaaaaai sangat orang upload gambar raya. semua bahagia. alhamdulillah. korang punya raya macam mana? agak-agak best tak?

Raya kali ni dekat Klang, Selangor. nenek duduk kat sana so balik sana la. tu pun tak semua adik beradik ada. jadinya raya kali ni macam biasa-biasa je. gambar pun tak ambil banyak. setakat ada je la. dah sibuk ni nak fikir masuk belajar semula. nervous tu lain macam sikit kali ni. entah la kenapa.

p/s : entry paling merapu ni T___T