Monday, July 23, 2012

Roh Puasa



Assalamualaikum semua. macam mana hari kedua berpuasa? harap semuanya baik saja. hari ni nak kongsi satu ilmu yang baru je di peroleh tadi masa terawih. ilmu ni di sampaikan oleh pengetua SMA Al-Irshad, Kuantan. jadi rasanya tak baik pulak kalau tak sampaikan pada orang lain. ilmu yang ada perlu di kongsi. betul tak? :)

Seperti tajuk post kali ni, roh puasa. kita semua yang berpuasa ni mempunyai roh puasa yang mempunyai 4 kriteria yang mana kriteria ni memang wajib ada dalam setiap orang yang berpuasa. maknanya kalau tak rasa semua ni macam tak berpuasalah anda.

1. Lapar
Siapa yang cakap dia tak lapar masa puasa memang something goes wrong somewhere la tu. haa sebab itulah fitrahnya manusia kalau berpuasa mesti la lapar. contoh makan nasi empat pinggan masa sahur. konon nak mengelak lapar. konpem tak lapar seharian kononnya. tapi belum sampai tengahari, baru pukul 10pagi terus dah rasa lapar sikit. dah masuk tengahari lagi lah laparnya. ini memang normal. tak dapat lari.

2. Dahaga
Minumlah satu jug air masa sahur tu takkan dapat menampung dahaga seharian masa berpuasa. percayalah. sekejap je dah rasa dahaga semula. tak kisah la minum milo ke oren ke air masak ke apa ke memang tak dapat lari daripada rasa dahaga. peliklah kalau puasa tak rasa dahaga langsung kan. nampak air kat bazar semua nampak sedap je. habis semua nak beli.

3. Letih
Tak rasa letih? jangan nak tipu. mesti ada walaupun sikit. even if tak buat kerja apa-apa pun tetap akan rasa letih. apatah lagi kalau bekerja. lagilah letih kan. tapi itulah tanda orang berpuasa. akan ada letih. cakap lagi sekali yang kau sikit pun tak rasa letih, maknanya tak puasa la tu. :p

4. Mengantuk
Yang ini yang paling wajib punya untuk orang yang berpuasa. mesti rasa mengantuk. mana tak nya kan. tidur terpaksa di korbankan. malam berterawih, kalau terjaga boleh buat solat tahajud, pagi-pagi dah kena bangun sahur, lepastu yang kerja kena terus berkerja. mengantuk memang tak boleh di nafikan. bila dah lapar, dahaga dan letih, jadilah mengantuk. ye dok? :)

Jadi, inilah dugaan yang kita kena hadapi sepanjang bulan Ramadhan ni. sebab tu amalan untuk sepurnama ni berlipat kali ganda pahalanya kalau nak dibandingkan dengan bulan lain. itulah sebabnya dugaan dan ujiannya lebih besar. Moga kita berjaya menempuhinya sehingga ke akhir Ramadhan. Insyaallah :)

Sunday, July 22, 2012

Ikhlas tak?


Alhamdulillah selesai hari pertama berpuasa. macam mana hari anda? makan sorok bawah meja? sakit perut? muntah? steady? lapar nak mamps? haha macam-macam ragam untuk orang yang berbeza macam. biasalah dugaan di bulan Ramadhan selalunya lebih sikit walaupun semua syaitan dah di ikat.

Masa puasa ni la semua orang sibuk pasang niat nak kurus la nak cantik la nak itu la ini la. tapi tau tak niat sebenar? kalau tau, alhamdulillah. pada yang tak tau, cuba muhasabah balik tengok kenapa kita puasa. apa sebabnya. bukan nak berceramah, cuma nak mengingatkan. sebab apa guna kawan yang baik kalau tak ingatkan antara satu sama lain. yedok? :D

Ikhlaskanlah diri untuk berpuasa. baru dapat lebih dari sekadar lapar dan dahaga. :)

Saturday, July 21, 2012

Malam pertama Terawih

Hari first dapat berterawih dalam tahun ni. tak pergi jauh. surau area rumah je dekat. tapi mama nak naik kereta jugak. gatai nak naik kereta. jalan kaki pun dah dekat sangat dah. takpe, mama takut penat la tu. hihi.


Surau area rumah ni buat terawih selalu memang 8rakaat je. so takde la semput nak mengikut imam tu sujud bangun banyak-banyak sebab 8rakaat pun dah macam banyak. tapi takpe, banyak fadhilatnya kan. nak tahu apa kelebihan berterawih pada malam pertama Ramadhan? Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. banyak ganjaran yang insyaallah kita boleh dapat.


Malam pertama Ramadhan memang penuh semua berpusu nak buat terawih di masjid dan surau. harap berkekalan lah untuk malam-malam yang akan datang. tapiii. ada tapinya. budak-budak banyak sangat mengganggu orang nak solat. bising terjerit sana sini, berlari, bergaduh, macam-macam. memang nanti ada yang cakap tak apalah, diorang kecik lagi, tak tau fikir. masa ni la nak lentur budak bagi elok sikit perangainya. biar hormat sikit rumah Allah nak bising-bising. 


Parents semua pun kena peka dengan isu ni. bukan je ganggu orang lain, tapi parents sendiri pun tentulah terganggu sama kan. macam mana nak khusyuk kalau tengah baca AlFatihah misalnya tiba-tiba anak awak terjerit panggil "papaaaa" daripada luar masjid. tak ke haru. T__T


p/s: melentur buluh, biarlah dari rebungnya :)

Thursday, July 19, 2012

Nak puasa dah?


Assalamualaikum uols. sekarang nak cakap pasal Ramadhan. haa dah tentu-tentulah semua dah tau Sabtu ni 21 Julai 2012 dah bermulanya bulan Ramadhan. ada apa dengan Ramadhan? yeah soalan budak kecik pun boleh jawab kan. puasa dah semestinya. menahan lapar dan dahaga serta yang seangkatan dengannya.

Susah tak puasa? pernah dengar puasa yang yang yuk? maksudnya siang siang bukak periuk. curi-curi makan la tu. pernah tak korang buat macam tu? tipu la siapa cakap tak pernah. takkan daripada kecil terus dah boleh puasa penuh kan. kalau betul la macam tu, tahniah dan memang tabik hormat la kat korang.

Tak boleh dinafikan aku memang nakal sikit masa sekolah. nakal sikit je eh, tak banyak. biasalah baru nak kenal dunia. hihi. nasib baik sekolah semuanya budak perempuan, jadi macam tak malu sangat kan kalau ponteng puasa. tak ada lelaki nak ejek tengah datang bulan ke apa ke kan. haa nak tau macam mana cara nak makan? mintak tolong student chinese pi beli makanan kat kantin. haha memang diorang la jadi pengantara antara aku dan makanan di kantin. :D sampaikan masuk dalam perhimpunan cikgu bagi warning dekat semua orang jangan kirim makanan kat diorang. aduhai.

Kenangan zaman sekolah sangat banyak yang tak boleh lupa. sebab di situlah tempat yang mengajar kita erti hidup, erti sahabat. siapa yang masih ponteng-ponteng puasa tu berhentilah buat macam tu. dah besar panjang dah pun. cuba sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik. insyaallah.  :)

p/s: terngiang-ngiang lagu Raihan

Monday, July 9, 2012

Iklan TM


Walaupun aku tak berapa meminati bola, tapi iklan ni sangat terkesan di hati. sedihnya sampai bergenang pulak air mata. kejarlah cita-cita dan banggakanlah kedua ibu bapa anda :')

What's your music?


Muzik. apa tu muzik? kalau nak ikut Kamus Dewan Edisi Keempat, muzik ialah  gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi­bunyian; pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik. okay so nak cakap apa pasal muzik ni?


Semua orang dah tentu-tentu lah suka muzik kan? cuma yang membezakan kita adalah apa jenis muzik yang kita suka. genre muzik apa? ada banyak sangat jenis muzik dalam dunia ni. yang biasanya ballads, jazz, rock, pop dan banyak lagi yang lain. bukan semua orang sesuai bawak semua jenis muzik. ada yang memang suaranya sesuai untuk jazz saja, rock saja. macam Ella yang kahwin baru-baru ni. genre yang kebiasaan kita dengar dah tentu-tentu rock. dah jolokan orang bagi pun Ratu Rock.


Okay enough pasal muzik. tentu u guys ada perception sendiri pasal muzik kan. so tak perlu lebih-lebih cakap pasal ni. now nak focus dekat apa yang aku sendiri suka. for me, i'm universal. tak ada anti mana-mana pun genre sebab kalau sedap, sedaplah muzik tu. tak kira ada genre sekalipun. boleh je layan semua as long as tak terlalu peningkan kepala. tapi yang paling suka ballads. dah kebanyakannya of course lagu-lagu dari Siti Nurhaliza. haha ye saya. sayalah peminat setia Tokti. dari dulu sampai sekarang tak pernah tak suka. mesti suka.

album Siti Nurhaliza 1996

Muzik yang slow lagi menenangkan daripada yang laju dan kasar. tapi depends la kat personaliti masing-masing kan. bagi aku, lagu yang perlahan lebih senang meresap dalam jiwa, lagi nampak indah, lagi menenangkan, tambah muzik lebih jelas dan terang. aku tak ada qualification yang utuh untuk bercakap berkenaan muzik ni tapi setiap orang mesti ada pandangan tersendiri kan. so lau bosan tu aku sangat suka dengar online radio Siti Nurhaliza yang namanya  radioCTFM . sambil buat kerja. sambil study. sambil apa saja kalau berkesempatan.

website radio CTFM

Apa uniknya radioCTFM ni? apa saja yang Siti pernah nyanyi, semua kita dapat dengar kat sini. kalau dekat radio biasa, lagu yang hit je kita dapat dengar. tapi dekat sini, lagu pernah dengar ke tak pernah dengar ke, tak popular, popular dan macam-macam semua kita dengar. bukan lagu Siti sendiri je dia nyanyi, tapi lagu orang lain pun kita dapat dengar. lagu dia nyanyi kat konsert secara live semua ada. so tak adalah cuma lagu rakaman radio semata. suara studio ke live ke semuanya sedap. itulah istimewanya Siti Nurhaliza. tetap di hati daripada album pertama 1996 sehingga sekarang. cubalah dengar!

album All Your Love 2011

p/s : so what's your music?

Tuesday, March 6, 2012

Broken Angel


I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart

I love you
Don't bring tears to my eyes
No I can't
Without you I'm depressed

I'm so lonely broken angel
I'm so lonely listen to my heart
One and only broken angel
Come and save me before I fall apart

Wherever you may be
I will be by your side
Till the end
I'll be crazy about you
You, you don't know
That you are my life
Return by my side
Life has no purpose without you

Saturday, February 25, 2012

Tiada akhir nanti

Diam aku bukan
Hati ini jangan
Mimpi dengan harapan
Hilang berterbangan

Dibawa malam
Seiring bahagia
Ku laung tak kunjung jelma

Disebalik awan
Mega mendung ini
Ada taman rimbun yang
Indah sekali

Nanti kan ku sayang
Aku kan kembali
Setia menemani
Tiada akhir nanti

Thursday, February 23, 2012

Sad story


p/s : salah faham yang mengakhiri segala. tepat kan?