Friday, October 21, 2011

OCT TWT FEST !!


Click HERE because u gonna get lotsa information bout this event!

Jom guys! :)

Wednesday, October 19, 2011

Cerita retiss :D

9.10.11. cantik tak tarikh ni? siapa cakap tak cantik tu meh sini nak lutu sikit. haha. ada apa dengan tarikh ni? haaa tarikh ni la aku dah berjaya mempertemukan kawan aku biela a.k.a. NBI dengan FAHRIN AHMAD. ye saya dialah pelakon tu. haha, okay jujur aku katakan aku bukanlah seorang yang minat benda-benda macam ni. ikut showcase ke, road tour ke. tapi di sebabkan Biela betul-betul berhajat nak jumpa, then aku pun teman la. lagipun memang bosan duduk kat rumah tak buat apa, kitorang pergi la Plaza Alam Sentral. memang tak tau sebenarnya apa tujuan Fahrin datang ke sini. tapi bila dah sampai sana baru la tau rupanya ada road tour Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM). Fahrin bergandingan dengan Azza Elite.


Tapi macam still tak tahu what to do next. so kitorang pun pergi la karaoke dulu. dah la time tu tengah selsema. boleh pulak time nyanyi tu, pause sekejap then bersin. haha memang kelakar la sebab kitorang berdua je. lepas nyanyi dalam 10 lagu, kitorang pun keluar dari tempat tu then pergi la semula kat ruang legar tu. nampak dirang tengah buat mini game. Azza pick randomly orang-orang yang di depan dia and panggil naik pentas. 1st game tu diorang kena ikut cara Azza menari. pulak dah diorang pasang lagu Inul dangdut tu. memang bergelek la diorang kat atas pentas sampai ada abang tu terkeluar hingus dia. selsema ataupun excited terlebih tu tak tau lah. hahaha tapi memang sumpah kelakar masa tu.


Next, 2nd game pulak. tiba-tiba aku yang menjadi sasaran Azza. takkan nak tolak pulak kan. sporting je la. pun pergi la naik pentas sama dengan diorang. tapi game kali ni lain. kitorang kena sambung nyanyi lagu yang diorang pasang tu. macam jangan lupa lirik la. memang dah kepakaran pulak kan. haha so time tu diorang pasang lagu cinta muka buku. aku memang tak hafal lagu ni tapi setidaknya tau dan pernah dengar la. so dapat la jugak nyanyi sikit-sikit. then guess what dapat hadiah apa? TIKET PERCUMA KE AIM 2011! haaa untung ke tidak? rezeki kan dapat pergi sana tengok sebab selama ni tak pernah lagi pergi award apa-apa. so ni kira satu peluang plus pengalaman la :)



Dan yang penting sekali, Biela pun dapat bergambar dengan Fahrin Ahmad sebab kebetulan kitorang makan di tempat yang sama. credit to Biela sebab gambar cantik2 exclude picture ticket tu. hee conclusionnya, masing-masing balik dengan muka yang happy! :)




Modul pemantapan diri la konon :D

Last week, hari sabtu terganggu seketika. haa sebab apa? orang lain syiok bergembira ke tidur membongkang kat rumah ke tapi aku kena pergi modul pulak. tapi tak kisah la. nak pergi modul kena ikhlas. baru la sepanjang hari tu terasa ringan dan cepat. kalau dari awal hari lagi dah mengeluh itu ini memang sepanjang hari la rasa susah dan bosan aje. so, apa yang best nya modul kat Shah Alam ni berbanding Melaka? haaa kat sini sehari je kena hadirkan diri. macam time diploma dulu dua hari sabtu dan ahad! memang selalu rasa terpaksa la dulu. tapi kena ubah mind set. taknak jadi macam dulu lagi :)


So, apa yang macam best time modul ni? ada satu aktiviti kitorang perlu buat menara duit. you guess? menara dah tentu tentu la tinggi kan? tapi buat guna duit? macam mana tu? duit dah la lembik. buatnya daripada kertas pulak kan. mulai dari situ, nampak la kekreatifan masing-masing memberi idea dan pandangan. dalam satu kelas tu divided by 3 group. so my group time nak buat tu lagi terbahagi 2 department. haha macam tak kena pulak tapi lantaklah. sebelah sana try buat. sebelah sini pun try buat. bila satu group ni macam naik sikit, semua pun focus kat satu group ni je. tapi memang group kitorang paling kecoh sekali, buat bukan setakat tangan je yang laju, mulut pun kemain sama laju. haha



Guess what, of course group kitorang menang. menara paling tinggi. siap dekat puncak menara tu ada love dengan baju. ahaha comel je. yang paling comel sekali, love tu budak lelaki yang buat ye. baju dari RM50 tu sayalah yang buat. ehehe. :D so, moral of the story nya ada banyak. sesuatu objective yang sukar tu senang je di capai kalau ada persefahaman, persepakatan, saling bantu-membantu kan? tapi ada yang cakap moralnya, jangan suruh budak mascomm buat building, nanti roboh. hahaha

One more, siapa tahu macam mana nak lukis gambar kat bawah ni tanpa angkat pen langsung? terus melukis tanpa pertindihan dakwat dan tanpa angkat pen? sila angkat tangan sendiri kalau dah berjaya ea  :p


Nose Warehouse Sale


Well, as you all know. haha mesti ada yang sakit hati untuk entri ni expecially to my beloved lesbos. sorry sangat if ada yang baru tau ke apa. memang tak sempat nak update blog. at first, my dearest Bali yang tag picture ni dekat Facebook. so i was thingking la apa benda pulak ni kan. tapi dah nampak Nose muka memang dah excited habis. so tau la diorang nak buat warehouse. yang lagi membuatkan rasa teruja tu bila nampak up to 90% discount! memang tak tidur malam la cerita dia. ahaha. so kitorang ramai-ramai pun semua dah bercadang-cadang nak pergi sama-sama. turun KL la ape la itu la ini la.

On that day pulak, senyap je tak ada seorang pun bunyi pasal Nose ni and i wonder la aihh aritu korang yang kemain bising sekali nak pergi. haha then diorang tak roger tak apa-apa so buat apa tunggu lagi kan. pergi pun dah lambat jugak la 7 Oct sebab tu je time yang free. okay, mulakan lah perjalanan dari Shah Alam yang konon-konon macam la jauh sangat tu. haha nansib baik tak susah nak cari tempatnya. sampai sampai je macam betul ke ni tempatnya. sebba nampak macam gudang, kilang yang like nothing inside. tapi bila nampak ramai pulak girls kat luar pegang plastik, then betul la ni kot.

Pilih punya pilih jumpa la yang berkenan di hati. kasut semua dalam price RM10 - RM 20 sahaja! so you can imagine betapa ramainya orang berebut pilih kasut? it's not like macam kat kedai Nose tu. ni dah macam jual longgok kat pasar malam. cari sendiri size, mana yang elok ke apa ke. handbags pun ada tapi tak banyak yang cantik la. mungkin masa hari mula-mula tu banyak lagi yang lawa kot. tapi i bought a clutch for my mama. comel sangat bling bling lagi sebab haritu mama pernah mengadu tak ada beg vogue nak pergi dinner. dah bagi kat dia and she like it so much! haaa lagi satu, accessories pun murah sangat. RM10 sahaja tak kira shades ke, earring ke, bangles ke necklaces ke all that just RM 10! so berbaloi ke tak? judge by yourself! :D