Monday, November 29, 2010

#001



I just like this picture. style.
:)

quote of the day #7

Sunday, November 28, 2010

Tunang tunangan III

Okay, ni post yang last sekali sebelum kita tutup tirai nak bercerita pasal tunang-tunangan ni. post kali ni sekadar nak bercerita macam mana kisahnya hari selepas majlis bertunang. :D

Hari ni aku bangun lewat. sebab semalam dah tidur lewat main hell's kitchen punya game. best giler oke? :D tapi aku macam menyesal. sebab tak dapat nak salam dengan abelong, kak su, kak ngah, abang alif, amin dengan 2 my lil princess. bangun-bangun je sunyi yang amat rumah. jauh beda dengan semalam yang riuh-rendah.


Haa, ni aku nak tunjukkan sikit gambar selepas majlis ni selesai. fresh lagi baru je snap sebelum nak update kan blog ni. heee, buah-buahan yang dah tinggal separuh, puding yg suku baru makan, dulang-dulang hantaran yang bersepah atas meja dengan barang-barang hiasan hantaran tak simpan lagi.




Mama cakap simpan semua lebih-lebih ni, mama ada lagi TIGA anak tak settle lagi. hahaha ape-ape lah mama. :)

Saturday, November 27, 2010

Tunang tunangan II

This is the second entry for tunang-tunangan. haaaa and this is the real one, the day. hari yang penting buat abang aku yang ke-2 yang aku panggil 'abelang' ni. eh, sorry sebab tak post entry time buat hantaran sebab tak sempat nak snap gambar. :D

Hari ni bermula dengan bengang. haha macam mana tak bengang. my lil princess pagi-pagi lagi dah kacau cu dia nak tidur. bising bukan main. orang lain dalam rumah ni bkan main suke lagi makin di suruh cha tu buat bising sebab nak kejutkan aku bangun. hoho.

Tapi hari ni memang macam tergesa-gesa nak cepat. yelah, aku bangun takde lah awal mana. lepas tu, bukannya reti nak mandi terus. lepak-lepak dulu main bebudak kat rumah ni baru la sibuk nak mandi bila sedare2 dah datang umah.


Then sampai la ke rumah tunang abelang dekat Jaya Gading. cuaca pun tak berapa nak terik sangat. okay-okay la kan. siap-siapkan hantaran untuk bagi dekat family perempuan.sebelah lelaki bagi dulang pink, perempuan balas dulang biru.




Lepas serah hantaran semua, kitorang pun duduk la kat ruang tamu beramai-ramai. tapi tak dapat nak dengar betul-betul apa yang diorang bincang perancangan untuk bertunang ni. semuanya sebab si kecik yg nakal ni.


Ade insiden sikit masa orang tengah bincang pasal tunang ni. orang sebuk bercakap, si kecik ni sibuk berlari-lari, usik-usik hantaran. last skali, dia marah agaknya orang tak bagi dia usik-usik, terus tolak dulang buah dengan dulang kek. yang geramnya, kek dah tergelongsor dari tempatnya. dah cacat la sikit kek tu. adoii. takpe lah budak kecik lagi nak buat macam mana.

Habis semua berbincang, sampai la scene yang di tunggu-tunggu. ding ding ding! acara sarung cincin! huuuu macam best je kan ade orang bagi cincin kat kita. emas pulak tu. pokai-pokai boleh gadai. haha. sweet je tengok mama sarung cincin kat tunang abelang.


Harap-harap abelang dengan tunangnya kekal sampai nanti diorang putuskan nak kahwin pulak. happy to have a new member in my family. 27th Nov 2010 Ridhwan & Ziela :)

Wednesday, November 24, 2010

Tunang tunangan I

Awal-awal minggu semester break ni kena tolong mama buat hantaran tunang. siapa nak bertunang? of course lah BUKAN AKU! abang aku la yang nak bertunang. :)

bermulalah proses mencari barang nak gubah hantaran. mama memang suka buat benda-benda macam ni. orang berseni, tak macam anak dia ni. hoho.



Yang kat atas ni la mama. sibuk pilih bekas nak letak potpourri. itu suka, ini suka. itu nak, yang ni pun nak. penat betul ikut mama pilih barang ni.

tapi barang-barang kat sini memang cantik-cantik. tapi kan bila fikir balik, berbaloi ke beli macam-macam untuk buat hantaran ni? beli dengan buat bagai nak rak, tapi lepas bagi kat orang sebelah sana, diorang simpan ke apa yang kita bagi? haha fikir aje la.



ni semua bunga-bunga kecil yang dah siap bungkus. banyak betul barang-barang nak buat hiasan hantaran kan? cantik memang cantik, mahal pun mahal. benda kecik yang amat tapi harga tak serupa saiz barang. nasib la.



Yang ni pulak bak kata mira, bunga telur and the belly button. haha teringat pulak time belajar kat sekolah dulu english literature.

by the way, cantik kan bunga telur yang kedai ni buat. nampak exclusive gitu. *pahar bunga telur tu bukan macam zaman dulu maen cucuk-cucuk, pahar kaca mari.

*pahar = bekas letak bunga telur :)


Orait, sampai sini je dulu. next post nanti time buat hantaran pulak okay? :)

Eppy my lil princess :)


i miss you lil princess.

xoxo.

job for me?



currently searching for a job for this semester break.

harap-harap dapat kerja. sumpah boluii pokaiii T_T

lullaby


this is for the first time.

request from you.

and i sang lullabies.

to you.

:)

holidays



Eh, lupa nak update sekarang dah start cuti. dah dekat 2 minggu pun cuti sem. tapi baru sempat nak update.

motif aku letak pic artis korea kat atas nih? saje je sebab sexy plus cun. haha :D

yeap exam was like ergghhh. last paper memang macam haram. tak ada mood langsung nak study and memang padan muka lah tak reti nak jawab memulas kepala dalam bilik exam.

nasib kau lah kan siapa suruh tak study. :DDD

balik rumah tercinta lepas tu balik rumah nenek pulak. lama tak jenguk nenek. memang tak sempat tahun ni macam sibuk sangat. sorry nenek. :(

okay and now, minggu yang sibuk bagi mama, kakngah dan aku yang selalunya menyibuk je. :DD

weekend abang bertunang. jadi mau tak sibuk mama aku sorang ni. nanti dah siap barang hantaran aku upload okay? :)

Sunday, November 7, 2010

Oh myyy

Hey, sumpah lama sangat tinggal blog ni. kalau blog ni bilik, dah lama bersawang-sawang, tikus bagai semua ada. :D

tak ada apa nak di ceritakan sekarang sebenarnya. tapi ada masa sekejap. update la mana termampu.

mood exam ni T_T