Tuesday, December 8, 2009

patah hati?



pernah terfikir tak kalau satu hari nanti orang yang sangat-sangat kamu sayangi dan cintai pergi tinggalkan kamu? mesti akan jadi satu mimpi ngeri bagi orang yang begitu takutkan situasi macam ni. dapat bayang kan tak? ditinggalkan mati dan di tinggalkan kerana ada yang lain dua situasi yang sangat lah berbeza. mati sudah tentu ajal yang tak dapat nak di elakkan lagi. tapi ditinggalkan kerana ada yang lain mesti memberi satu tamparan besar untuk mereka yang benar-benar mencintai seseorang tu.

bila meluahkan pada orang yang sudi mendengar, pasti mereka-mereka yang lain akan memberi respon dan nasihat yang sama kan? "ah,kau cari je orang lain.berlambak orang kat luar sana" , "nak buat macam mana, benda dah jadi." , "terima je hakikat" . dan kamu sendiri boleh fikirkan macam-macam lagi respon yang di beri. tapi semudah itu ke orang yang kecewa tu menerima? mungkin benar ramai lagi yang lain tapi tak sama kan. serupa tapi berbeza. perasaan bukan mudah untuk di tolak tarik, di buang ambil, di padam tulis.

habis, apa boleh di buat jika situasi ni berlaku pada kita? bersabar dan tabah saja kunci pada situasi begini. mungkin kita tak mampu untuk mengubah seseorang menjadi apa yang kita inginkan, tapi kita boleh merubah diri menjadi yang lebih baik dan terbaik kan. apa pun yang terjadi, jalan penyelesaian sentiasa berada di hadapan mata. cuma bergantung pada kita untuk menilai dan mengambil yang terbaik untuk diri kita sendiri. yang lebih bagus, sayangi diri sendiri. :)

p/s : sepi sekuntum mawar merah.

2 debat-debat:

YuNa said...

betul2.. mmg sukar nk trima hakikat
kalo owg kt cintai n disygi tgglkn kitew demi owg len malahn kitew yg dlu slalu amek brt tentang diew.. smpai ati kn diew wat mcm 2.. =(

aljuffreyans said...

tapi xpe sebab sekurang-kurangnya tetap ada memori bersama.. cuma banyakkan bersabar kan.. :)