Friday, November 6, 2009

apa dia?

online

syukur, ada kelapangan masa sedikit untuk mengupdate blog ni. kalau tak, baca blog orang lain saja selalunya. seronok juga baca blog kan. dulu masa muda dulu macam tak berminat sangat blog-blog dan seumpamanya ni. ahaha. cakap dah macam tua pulak . lagipun, dulu macam nak enjoy sepanjang masa. konon buang masa la baca ni semua. mungkin aku silap la waktu tu. tanpa sedar banyak juga yang kita boleh belajar secara tak langsung. bukan formal macam cikgu ajar murid-murid tiap hari kat sekolah.



rasanya macam nak bercakap soal kematangan. apa hal pun tak pasti. aku dikelilingi mereka-mereka yang sangat matang macam keluarga aku. tapi kawan-kawan pula ada yang kanak-kanak ribena, matang dan yang terlebih matang kononnya pun ada. aku? mungkin termasuk dalam golongan kanak-kanak ribena. hha! tapi bukan pada semua situasi. semua bergantung pada keadaan. tapi mungkin aku lebih selesa dengan perwatakan keanak-anakan. dipengaruhi persekitaran mungkin.


matang mungkin adalah perkataan keramat bagi aku. bila maukan kematangan tu, mesti akan dikaitkan dengan pemikiran dan sikap kan. apa cara untuk jadi matang? susah untuk kita fulfil kan permintaan orang kadangkala kan. dah terbiasa dengan diri yang sebelumnya mungkin. tapi apa-apa pun, kan lebih bahagia kalau semua dapat menerima kita apa adanya.


p/s: i'm not a girl not yet a woman.

1 debat-debat:

ejoe. said...

saye x matang!! saye kanak2 ribena