Thursday, July 19, 2012

Nak puasa dah?


Assalamualaikum uols. sekarang nak cakap pasal Ramadhan. haa dah tentu-tentulah semua dah tau Sabtu ni 21 Julai 2012 dah bermulanya bulan Ramadhan. ada apa dengan Ramadhan? yeah soalan budak kecik pun boleh jawab kan. puasa dah semestinya. menahan lapar dan dahaga serta yang seangkatan dengannya.

Susah tak puasa? pernah dengar puasa yang yang yuk? maksudnya siang siang bukak periuk. curi-curi makan la tu. pernah tak korang buat macam tu? tipu la siapa cakap tak pernah. takkan daripada kecil terus dah boleh puasa penuh kan. kalau betul la macam tu, tahniah dan memang tabik hormat la kat korang.

Tak boleh dinafikan aku memang nakal sikit masa sekolah. nakal sikit je eh, tak banyak. biasalah baru nak kenal dunia. hihi. nasib baik sekolah semuanya budak perempuan, jadi macam tak malu sangat kan kalau ponteng puasa. tak ada lelaki nak ejek tengah datang bulan ke apa ke kan. haa nak tau macam mana cara nak makan? mintak tolong student chinese pi beli makanan kat kantin. haha memang diorang la jadi pengantara antara aku dan makanan di kantin. :D sampaikan masuk dalam perhimpunan cikgu bagi warning dekat semua orang jangan kirim makanan kat diorang. aduhai.

Kenangan zaman sekolah sangat banyak yang tak boleh lupa. sebab di situlah tempat yang mengajar kita erti hidup, erti sahabat. siapa yang masih ponteng-ponteng puasa tu berhentilah buat macam tu. dah besar panjang dah pun. cuba sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik. insyaallah.  :)

p/s: terngiang-ngiang lagu Raihan

0 debat-debat: