Sunday, November 28, 2010

Tunang tunangan III

Okay, ni post yang last sekali sebelum kita tutup tirai nak bercerita pasal tunang-tunangan ni. post kali ni sekadar nak bercerita macam mana kisahnya hari selepas majlis bertunang. :D

Hari ni aku bangun lewat. sebab semalam dah tidur lewat main hell's kitchen punya game. best giler oke? :D tapi aku macam menyesal. sebab tak dapat nak salam dengan abelong, kak su, kak ngah, abang alif, amin dengan 2 my lil princess. bangun-bangun je sunyi yang amat rumah. jauh beda dengan semalam yang riuh-rendah.


Haa, ni aku nak tunjukkan sikit gambar selepas majlis ni selesai. fresh lagi baru je snap sebelum nak update kan blog ni. heee, buah-buahan yang dah tinggal separuh, puding yg suku baru makan, dulang-dulang hantaran yang bersepah atas meja dengan barang-barang hiasan hantaran tak simpan lagi.




Mama cakap simpan semua lebih-lebih ni, mama ada lagi TIGA anak tak settle lagi. hahaha ape-ape lah mama. :)

0 debat-debat: