Saturday, November 27, 2010

Tunang tunangan II

This is the second entry for tunang-tunangan. haaaa and this is the real one, the day. hari yang penting buat abang aku yang ke-2 yang aku panggil 'abelang' ni. eh, sorry sebab tak post entry time buat hantaran sebab tak sempat nak snap gambar. :D

Hari ni bermula dengan bengang. haha macam mana tak bengang. my lil princess pagi-pagi lagi dah kacau cu dia nak tidur. bising bukan main. orang lain dalam rumah ni bkan main suke lagi makin di suruh cha tu buat bising sebab nak kejutkan aku bangun. hoho.

Tapi hari ni memang macam tergesa-gesa nak cepat. yelah, aku bangun takde lah awal mana. lepas tu, bukannya reti nak mandi terus. lepak-lepak dulu main bebudak kat rumah ni baru la sibuk nak mandi bila sedare2 dah datang umah.


Then sampai la ke rumah tunang abelang dekat Jaya Gading. cuaca pun tak berapa nak terik sangat. okay-okay la kan. siap-siapkan hantaran untuk bagi dekat family perempuan.sebelah lelaki bagi dulang pink, perempuan balas dulang biru.




Lepas serah hantaran semua, kitorang pun duduk la kat ruang tamu beramai-ramai. tapi tak dapat nak dengar betul-betul apa yang diorang bincang perancangan untuk bertunang ni. semuanya sebab si kecik yg nakal ni.


Ade insiden sikit masa orang tengah bincang pasal tunang ni. orang sebuk bercakap, si kecik ni sibuk berlari-lari, usik-usik hantaran. last skali, dia marah agaknya orang tak bagi dia usik-usik, terus tolak dulang buah dengan dulang kek. yang geramnya, kek dah tergelongsor dari tempatnya. dah cacat la sikit kek tu. adoii. takpe lah budak kecik lagi nak buat macam mana.

Habis semua berbincang, sampai la scene yang di tunggu-tunggu. ding ding ding! acara sarung cincin! huuuu macam best je kan ade orang bagi cincin kat kita. emas pulak tu. pokai-pokai boleh gadai. haha. sweet je tengok mama sarung cincin kat tunang abelang.


Harap-harap abelang dengan tunangnya kekal sampai nanti diorang putuskan nak kahwin pulak. happy to have a new member in my family. 27th Nov 2010 Ridhwan & Ziela :)

2 debat-debat:

Ariy Armani said...

eh , abg ko nme pe ? ziela ke ?
*pye na tye soklan . :p

aljuffreyans said...

semangat sangat ni nak tanya soalan. hohoho.