Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Belajar main gitar

Hye uols. Kabare? Haa tetiba keluar pulak Jawa. Entry kali ni just nak berkongsi pengalaman tentang cinta hati. Wahh konon fefeeling jiwang pulak. Sekarang aku dah ada cinta hati yang baru. Bukan cinta hati lagu baru Shila Amzah tu tau. hehe. Okay siapakah dia? Tadaaa!

Fefeelin Taylor Swift


Haa inilah dia cinta hati yang baru, gitar. Baik aku warning awal-awal, please jangan nak gedik cikadak request lagu la tujukan lagu la. Sebabnya aku tak reti main. Baru beginner. Takat 2, 3 chords boleh la. Lebih dari tu melayang-layang jari aku. Melayang terus melekat kat pipi depa yang mintak lagu kat aku. Hoho garang tak?

Btw, nak share sikit pengalaman blajaq gitaq ni. Hish kejap jawa kejap utara. Sat lagi thah apa keluar ni. Okay melalut lagi. Sambung cerita. Disebabkan aku ni kekurangan ka-ching $$$, so dengan konfidennya aku decide untuk belajar sendiri je. Confident is a must even if you are not. Lalala

Aku start la pencarian. Kat mana lagi kalau tak Lebai Google di ikuti dengan Cik YouTube. Setelah sekian lama mencari.... akhirnya ku temui juga. Err padahal cari tak sampai seminit pun. Haa terjumpalah channel Master The Guitar yang dalamnya ada video Learning Guitar For Dummies daripada part 1 sampailah part8.

Inilah dia 'Learning Guitar For Dummies'

Kenapa aku suka vid mat salleh ni sebabnya dia ajar satu persatu. Tapi boleh abaikan kot part 1 & part2 dia sebab mostly just about types of guitar, how to hold, tuning and music notes. Eceh, macam dah terer je kan nak skip lesson. Sokay, mesti dah tau cara nak hold gitar tu secara betul kan? Jadi tak ada masalah nak skip terus ke part 3.

Mula-mula dia ajar dulu basic chords macam E, D & A. Haa memang terkepak terkiok la jari aku masa tu. Sakit hujung jari tu tak payah cerita la memang berbekas-bekas macam kena rotan. Rotan di bahagian jari? Haha geli dengar. Sampai nak dekat seminggu, terus hujung jari tu jadi keras. Sadis sungguh. Time ni aku tertanya-tanya adakah jari Yuna, Shila Amzah, Taylor Swift semua tu keras? Hehe.

Jariku  terdera :'(

Rajin tak? siap dengan notes. hihi


Sumpah rasa susah gila macam nak give up blajaq gitar. Err macam dah lama blajaq je kan padahal masa tu baru sehari dua kot. Ye lah mana tak rasa nak give up bila jari tu keras semacam je. Kalau typing laju kemain plak jari kesana kemari. Racist betul la jari ni!

Sampai la aku dah terer sikit. Haha perasan gila terer jadahnya takat main 3 chords kan but Im proud of myself. Bukan senang nak belajar sendiri kan. Tapi sebenarnya seribu kali lebih baik kalau kita belajar daripada orang lain, i mean ada yg jadi guru pada kita. Lagi mudah, pantas dan efisyen. Huu macam iklan air Syabas pulak.

P/S: kakak aku sendiri request lagu. nasib baik dia request suruh blajaq lagu Lucky sampai pandai :)

Saturday, February 16, 2013

The Impossible


Hye uols. Cuti-cuti ni mesti ramai taktau nak buat apa kan? Melainkan yang kerja tu memang dah tentu kena pergi kerja. Busy habis sampai takdak masa mende lain dah. I know how it feel. Dah selalu pun kerja time cuti sem ni. So, cuti kali ni memang malas nak kerja. Relax sudah sebab sem ni terlalu busy dan jarang pun balik rumah jumpa makpak aku.

Okay enough, tak payah bebel panjang. Entry kali ni pasal movie 'The Impossible'. Meh kita review sikit. Aku memang taktau kewujudan cerita ni until aku tanya dekat followers Twitter, "movie apa best sekarang ye?" lepastu kakak aku pulak yang reply cakap cerita ni best. So apa lagi, aku pun tengok. hihi.

Movie ni mengisahkan family yang bercuti kat Thailand untuk krismas. Lepas je bukak present masing-masing pagi krismas tu, they go to the pool macam tourists yang lain. Start daripada situ la tiba-tiba air laut naik dan jadi tsunami.

Tsunami mula menggila

Apa yang aku suka pasal cerita ni sebab movie ni based on true story. Memang nama watak dalam movie ni pun guna nama sebenar mangsa. One thing aku suka pasal international movie is depa buat cerita gila real. Memang tak ada persoalan langsung, tak logik itu tak betul ini. Semua nampak cantik dan tak exaggerate.

Bagi sesiapa yang cepat emosi, tolong sediakan tisu masa nak tengok cerita ni sebab sangatlah tragis dan munusuk jantung dan qalbu. Aku yang kononnya katang ni pun nangis tengok cerita ni. Sangatlah tersentuh jiwa raga tengok macam mana diorang survive untuk cari semula family diorang sesuai dengan tagline movie ni "Nothing is more powerful than the human spirit".

The night before the tsunami


Nak tau pengakhirannya kena la tengok sendiri tapi memang cerita wajib tonton! Nah tengok dulu trailer ni.



P/S: tengah tunggu kualiti cerita Malaysia ke tahap ni. agak-agak bila ya?

Vlog. Apa tu?

Hye assalamualaikum uols. Untuk yang masih ikot blog ni, I just wanna say sorry guys coz tak pernah give commitment for my dearest blog and for uols. Nampak sangat memang tak ada bakat jadi bloggers. Orang lain tu banyak je idea mencurah kalau nak berblogging ni kan. Sekarang pulak trend vlogging. So macam lapuk sikit la kot blog ni. Oh this is my 1st entry la for 2013. Yeay!

So, what uols know bout vlog? Impossible la tak pernah dengar vlog tu apa kan? Sekarang semua canggih kot. Semuanya di hujung jari anda. Eceh, macam buat iklan la pulak. Vlog sebenarnya adalah singkatan kepada video blog, maksudnya dah tentulah guna medium video sebagai cara untuk menyampaikan mesej. dah macam lecturer pulak aku rasa. hihi.

Apa yang depa duk buat dalam vlog tu? Haa macam-macam la yang boleh di buat contohnya menyanyi ke, tutorial ke, parodi ke, bagi nasihat ke dan sebagainya. Ramai yang sekarang dah jadi cukup popular di sebabkan vlog depa contohnya Mat Luthfi, Anwar Hadi dan Maria Elena.

Ehsan daripada Lebai Google

Depa ni biasa je tapi apa yg membuatkan orang boleh suka kat depa ni? Haa sebabnya depa cari special talent dalam diri sendiri. Video yg di hasilkan semua mampu buat kita ketawa dan bukan cuma ketawa, terselit pengajaran yang boleh di jadikan sempadan hidup.

Enjoy pun enjoy jugak tapi selitkanlah pengajaran sikit supaya berguna.

P/S: tengok Cinta Vlog lakonan Aliff Aziz & Wawa Zainal di Youtube. Comel. :)

Wednesday, October 19, 2011

Cerita retiss :D

9.10.11. cantik tak tarikh ni? siapa cakap tak cantik tu meh sini nak lutu sikit. haha. ada apa dengan tarikh ni? haaa tarikh ni la aku dah berjaya mempertemukan kawan aku biela a.k.a. NBI dengan FAHRIN AHMAD. ye saya dialah pelakon tu. haha, okay jujur aku katakan aku bukanlah seorang yang minat benda-benda macam ni. ikut showcase ke, road tour ke. tapi di sebabkan Biela betul-betul berhajat nak jumpa, then aku pun teman la. lagipun memang bosan duduk kat rumah tak buat apa, kitorang pergi la Plaza Alam Sentral. memang tak tau sebenarnya apa tujuan Fahrin datang ke sini. tapi bila dah sampai sana baru la tau rupanya ada road tour Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM). Fahrin bergandingan dengan Azza Elite.


Tapi macam still tak tahu what to do next. so kitorang pun pergi la karaoke dulu. dah la time tu tengah selsema. boleh pulak time nyanyi tu, pause sekejap then bersin. haha memang kelakar la sebab kitorang berdua je. lepas nyanyi dalam 10 lagu, kitorang pun keluar dari tempat tu then pergi la semula kat ruang legar tu. nampak dirang tengah buat mini game. Azza pick randomly orang-orang yang di depan dia and panggil naik pentas. 1st game tu diorang kena ikut cara Azza menari. pulak dah diorang pasang lagu Inul dangdut tu. memang bergelek la diorang kat atas pentas sampai ada abang tu terkeluar hingus dia. selsema ataupun excited terlebih tu tak tau lah. hahaha tapi memang sumpah kelakar masa tu.


Next, 2nd game pulak. tiba-tiba aku yang menjadi sasaran Azza. takkan nak tolak pulak kan. sporting je la. pun pergi la naik pentas sama dengan diorang. tapi game kali ni lain. kitorang kena sambung nyanyi lagu yang diorang pasang tu. macam jangan lupa lirik la. memang dah kepakaran pulak kan. haha so time tu diorang pasang lagu cinta muka buku. aku memang tak hafal lagu ni tapi setidaknya tau dan pernah dengar la. so dapat la jugak nyanyi sikit-sikit. then guess what dapat hadiah apa? TIKET PERCUMA KE AIM 2011! haaa untung ke tidak? rezeki kan dapat pergi sana tengok sebab selama ni tak pernah lagi pergi award apa-apa. so ni kira satu peluang plus pengalaman la :)



Dan yang penting sekali, Biela pun dapat bergambar dengan Fahrin Ahmad sebab kebetulan kitorang makan di tempat yang sama. credit to Biela sebab gambar cantik2 exclude picture ticket tu. hee conclusionnya, masing-masing balik dengan muka yang happy! :)




Modul pemantapan diri la konon :D

Last week, hari sabtu terganggu seketika. haa sebab apa? orang lain syiok bergembira ke tidur membongkang kat rumah ke tapi aku kena pergi modul pulak. tapi tak kisah la. nak pergi modul kena ikhlas. baru la sepanjang hari tu terasa ringan dan cepat. kalau dari awal hari lagi dah mengeluh itu ini memang sepanjang hari la rasa susah dan bosan aje. so, apa yang best nya modul kat Shah Alam ni berbanding Melaka? haaa kat sini sehari je kena hadirkan diri. macam time diploma dulu dua hari sabtu dan ahad! memang selalu rasa terpaksa la dulu. tapi kena ubah mind set. taknak jadi macam dulu lagi :)


So, apa yang macam best time modul ni? ada satu aktiviti kitorang perlu buat menara duit. you guess? menara dah tentu tentu la tinggi kan? tapi buat guna duit? macam mana tu? duit dah la lembik. buatnya daripada kertas pulak kan. mulai dari situ, nampak la kekreatifan masing-masing memberi idea dan pandangan. dalam satu kelas tu divided by 3 group. so my group time nak buat tu lagi terbahagi 2 department. haha macam tak kena pulak tapi lantaklah. sebelah sana try buat. sebelah sini pun try buat. bila satu group ni macam naik sikit, semua pun focus kat satu group ni je. tapi memang group kitorang paling kecoh sekali, buat bukan setakat tangan je yang laju, mulut pun kemain sama laju. haha



Guess what, of course group kitorang menang. menara paling tinggi. siap dekat puncak menara tu ada love dengan baju. ahaha comel je. yang paling comel sekali, love tu budak lelaki yang buat ye. baju dari RM50 tu sayalah yang buat. ehehe. :D so, moral of the story nya ada banyak. sesuatu objective yang sukar tu senang je di capai kalau ada persefahaman, persepakatan, saling bantu-membantu kan? tapi ada yang cakap moralnya, jangan suruh budak mascomm buat building, nanti roboh. hahaha

One more, siapa tahu macam mana nak lukis gambar kat bawah ni tanpa angkat pen langsung? terus melukis tanpa pertindihan dakwat dan tanpa angkat pen? sila angkat tangan sendiri kalau dah berjaya ea  :p


Monday, September 26, 2011

MASIF kononnya :D

Boredom strikes! and here we go, baru rasa rajin nak update blog plus broadband tak buat hal kan. haaa btw, dekat Seksyen 7 Shah Alam ni line Maxis sangat sucks ye tuan-tuan dan puan-puan. tak kira line telefon ke line  internet ke memang sangat rasa nak memaki hamun. kekadang tiba-tiba je dapat text tulis ada misscall, padahal tak bunyi langsung phone time tu. same goes to messages. kekadang sampai 5minit camtu baru delivered. nak call pun tak boleh. aduh sabar je la. mujur ada second phone guna line Digi. so selamat la sikit if ada something important kan.

Last week dekat KLCC ada MASIF 2011. uols yang tak tau apa tu silalah cari dekat encik Google. time ni Mira a.k.a. Ariy datang melawat saya kat Shah Alam bersama Lily. Mula-mula suruh diorang berhenti dekat KTM Shah Alam. fikir balik, Batu tiga dekat lagi kot. terus text mira. haha gelabah jugak la mira sebab dah dalam tren kan. nasib baik la turun Batu Tiga dulu baru Shah Alam. bersiap-siap nak amik kat sana lambat sikit. heee sorry darl tunggu lama sikit. :D lepas amik tu baru terfikir, lahh KTM Padang Jawa lagi dekat kot. haha takpe lah, baru lagi kan area sini.

Diorang tidur semalam dekat rumah then kitorang pergi KLCC sama-sama. konon-konon nak tengok show tapi takda pape lagi. so pergi la kat Galeri Petronas ada Pameran AntaraBudaya. sayang tak boleh snap picture sebab banyak art collection yang priceless. tapi memang cantik sangat plus rasa diri ni kerdil dalam lautan karya yang sangat bernilai. kalau la ada tangan dan otak yang kreatif macam ni kan indah. tapi satu je yang tetap tak boleh terima sampai sekarang. lukisan yang simbah-simbah cat tu. haha macam tak ada motif sangat. nampak sangat aku tak kreatif mana tak dapat nak tafsirkan lukisan tu.

So maybe that's all for now. sakit pinggang duduk menaip atas tilam. tataplah pictures tak seberapa ni. :D


muka inspired much lepas tengok pameran! :D

muka gf laaagi la inspired habis! dia kata tengok arts macam dalam drama. haha

penat lenguh kaki, buat muke mintak penampo!

yeah inilah mereka. left-lily, mira :)

p/s: kepada lesbos-lesbos ku yang lain, bila nak datang sini?

Sunday, August 28, 2011

Bini-bini First Forefer :)

Semalam dapat berbuka puasa bersama-sama dengan lesbos sekalian. seriously memang riiiiiiindu sangat kat diorang. bukan senang nak together gather camni. masing-masing ada life sendiri so memang susah kan. nasib plan malam tadi memang menjadi. berbuka dekat McDonalds Teluk Chempedak then Tutti Frutti. inilah hasil pictures gedik-gedik :)













p/s : love love love uols lesbos :-*

Saturday, December 18, 2010

Hye.

Oh hye. amat sibuk sekarang. hujung minggu pun sibuk juga. baru balik kerja tapi masih sempat online sementara nak tunggu mata kuyu. cuma nak cakap aku hidup lagi untuk mencari rezeki. :)

Wednesday, July 14, 2010

Final

Betul sangat la tu. makin aku tak suka, makin banyak pulak post aku buat pasal ni. yelah, pasal bola lagi la nampaknyer.

aku tengok final yang SPAIN menang tu. siap pakai baju ESPANA lagi. haha jangan gelakkan aku okey.

aku tido je sepanjang match tu. dengan hujannya, dengan tak cukup seat, dengan demam. memang sangat kaw - kaw tersiksa.

tapi tak apa lah, aku happy jugak tengok member happy team favorite diorang menang. so, congrats SPAIN! :)

Tuesday, July 6, 2010

teh tarik kurang manis satu!

Sekarang asyik dengan bola je kan. awal-awal lagi aku dah cakap aku tak berapa nak minat la mende-mende macam ni.

tapi weekend ni dah balik Melaka semula. so ramailah member yang sure nak tengok match kan. aku pun meneman je la.

order teh tarik kurang manis macam biase la kan. sekali bak datang! giler macam tak percaya.



tengok lah perbezaan gelas-gelas kat atas ni. nak kata menganjeng pun tak. mungkin dah habis gelas biasa! positive thinking! :D

dah tu bukan tengok bola pun. tak dapat tengok skrin. dapat tengok pondok telefon je sebab dah full. HAHA :)

Monday, June 28, 2010

hell yeah

oh, weekend yang sangat superb. yeap, aku sangat happy.
don't worry. :)