Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

The Impossible


Hye uols. Cuti-cuti ni mesti ramai taktau nak buat apa kan? Melainkan yang kerja tu memang dah tentu kena pergi kerja. Busy habis sampai takdak masa mende lain dah. I know how it feel. Dah selalu pun kerja time cuti sem ni. So, cuti kali ni memang malas nak kerja. Relax sudah sebab sem ni terlalu busy dan jarang pun balik rumah jumpa makpak aku.

Okay enough, tak payah bebel panjang. Entry kali ni pasal movie 'The Impossible'. Meh kita review sikit. Aku memang taktau kewujudan cerita ni until aku tanya dekat followers Twitter, "movie apa best sekarang ye?" lepastu kakak aku pulak yang reply cakap cerita ni best. So apa lagi, aku pun tengok. hihi.

Movie ni mengisahkan family yang bercuti kat Thailand untuk krismas. Lepas je bukak present masing-masing pagi krismas tu, they go to the pool macam tourists yang lain. Start daripada situ la tiba-tiba air laut naik dan jadi tsunami.

Tsunami mula menggila

Apa yang aku suka pasal cerita ni sebab movie ni based on true story. Memang nama watak dalam movie ni pun guna nama sebenar mangsa. One thing aku suka pasal international movie is depa buat cerita gila real. Memang tak ada persoalan langsung, tak logik itu tak betul ini. Semua nampak cantik dan tak exaggerate.

Bagi sesiapa yang cepat emosi, tolong sediakan tisu masa nak tengok cerita ni sebab sangatlah tragis dan munusuk jantung dan qalbu. Aku yang kononnya katang ni pun nangis tengok cerita ni. Sangatlah tersentuh jiwa raga tengok macam mana diorang survive untuk cari semula family diorang sesuai dengan tagline movie ni "Nothing is more powerful than the human spirit".

The night before the tsunami


Nak tau pengakhirannya kena la tengok sendiri tapi memang cerita wajib tonton! Nah tengok dulu trailer ni.



P/S: tengah tunggu kualiti cerita Malaysia ke tahap ni. agak-agak bila ya?

Monday, August 1, 2011

Movie marathon

Daripada dua hari lepas aku buat malay movie marathon.

*sokseksoksek tak padan dengan bulan Ramadhan, sibuk dok post pasal movie.

haaa mesti korang cakap macam tu kan. haha takpe aku tak kisah. sebab nak buat macam mana dah aku tengok daripada sebelum masuk bulan puasa lagi. wat to do. i dunno, u know? hehe so inilah dia hasilnya :D

1. KL GANGSTER


Aku agak tertarik nak tengok KL Gangster sebab movie ni banyak kontroversi. plus reaksi penonton macam sangat hebat je. so aku try sendiri la tengok kan. dengar daripada orang lain je mana cukup beb. okay, on lappy je terus tengok movie ni.

Movie ni orang cakap sangat kontroversi sebab guna panggilan yang sama dengan PEKIDA such as abanglong, ayahanda. cakap pasal isu ni, aku tak fikir ni adalah isu sensetif sebab perkataan macam tu bukan hak milik berdaftar pihak tu. perkataan tu memang ada dalam kamus dewan bahasa dan memang boleh digunapakai sesiapa pun kan. tapi diorang nak terasa. tak apa, tu diorang punya pasal.

Cerita ni best jugak dan ada nilai-nilai yang boleh dicontohi dan ada jugak yang tak. so kita pandai-pandai nilai sendiri la. semua pun dah besar panjang kan. tapi aku suka bila masukkan Zizan rajalawak tu dalam cerita ni. nampak meriahnya sikit dengan lawak dia tu. Aaron Aziz pulak seperti biasa memang kekal dalam kemachoan. Syamsul Yusuf pulak memang menjadi la perangai jahanam dia dalam filem ni. overall, semua nampak cool dan susah cari cacat celanya. best! :)

2. KONGSI


Cerita ni macam tak nampak la apa sebenarnya yang dia nak. macam kita sentiasa tertanya-tanya kenapa itu kenapa ini. banyak sangat menda yang tunggang langgang kot. tapi aku suka Sam tu. dia tetap sempoi lakonkan watak orang Thailand. tapi tak silap aku la, movie ni pun di landa kontroversi yang sama dengan KL Gangster di sebabkan gang-gang yang jaga kawasan ni kan.

Tapi cerita ni siap masukkan elemen 1Malaysia sebab ketua kawasan masing-masig ada Melayu, Cina dan India. kira okay je la cerita ni kot. layankan aje la sebab Sam memang pandai melakonkan ape je watak untuk dia. ganas-ganas pun comel. :D

3. SEKALI LAGI


Movie ni sangat sweet and nice. aku suka cara cerita ni bergerak. suka dengan idea asal berkenaan penyakit autism. macam kesian sangat sebab terpaksa jalani kehidupan yang tak normal. lagi kesian bila ada yang nak ambil kesempatan kat dia. banyak suka duka sangat.

Tapi kalau tengok balik lokasi penggambaran filem ni, boleh agak kot murah ke mahal. yelah, takat sewa banglo besar, gerai tepi jalan, rumah kampung memang sikit je modalnya. tapi impak besar kot. si comel Mia Sara tu nampak adorable sangat. sesuai berganding dengan mama Lisa Surihani. Sam pulak memang sentiasa dalam lakonan yang tiptop! :)

4. 3, 2, 1 CINTA


Hehe, filem ni aku suka sebab cute! agak-agak in real life ade ke minah yang sanggup buat macam-macam untuk dapatkan hati lelaki? sure tak ada kan. so cerita ni memang sempoi habis. dah la buat kat fakulti aku. Masscomm kan. hoho. sweet jugak la sebenarnya Diana Amir (Sam) bila dia yang nak approach Farid Kamil.

Paling sweet plus terharu bila Pierre Andre bagitau yang dia extend sem semata-mata sebab nak tunggu Sam. gila terharu wa cakap lu! time tu sumpah rasa macam gila ikhlas mamat ni sanggup tanggung malu orang duk kutuk dia tak habis-habis blaja lagi semata-mata sebab nak tunggu pompuan sorang ni. ada tak agak-agak orang yang macam ni? indahnya dunia. heee.

Aku suka la rambut Diana Amir dalam movie ni. rambut dia kat blakang tu sumpah smart! boleh tak nak potong rambut lagi macam bawah ni? eh bukan style Farid Kamil, gilo apo! style Diana Amir la. haha :D



p/s : Semua ni ada buat aku nangis kecuali Kongsi. haha :)