Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Makan tido

Cuti ni paling bosan. Kerja tak apa pun tak. Makan tido makan tido. Bangun tengahari sebab tido subuh.

Kelmarin pak aku kata "Jimat bela kau ni. Tak payah bagi makan pagi. Beli makan tengahari terus."

Tadi mak aku pula kata macam ni bila nampak aku keluar dari bilik. Time tu tengahari la. "Jom sarapan."

Oh okay ma. Jangan la perli sangat. T___T


Belajar main gitar

Hye uols. Kabare? Haa tetiba keluar pulak Jawa. Entry kali ni just nak berkongsi pengalaman tentang cinta hati. Wahh konon fefeeling jiwang pulak. Sekarang aku dah ada cinta hati yang baru. Bukan cinta hati lagu baru Shila Amzah tu tau. hehe. Okay siapakah dia? Tadaaa!

Fefeelin Taylor Swift


Haa inilah dia cinta hati yang baru, gitar. Baik aku warning awal-awal, please jangan nak gedik cikadak request lagu la tujukan lagu la. Sebabnya aku tak reti main. Baru beginner. Takat 2, 3 chords boleh la. Lebih dari tu melayang-layang jari aku. Melayang terus melekat kat pipi depa yang mintak lagu kat aku. Hoho garang tak?

Btw, nak share sikit pengalaman blajaq gitaq ni. Hish kejap jawa kejap utara. Sat lagi thah apa keluar ni. Okay melalut lagi. Sambung cerita. Disebabkan aku ni kekurangan ka-ching $$$, so dengan konfidennya aku decide untuk belajar sendiri je. Confident is a must even if you are not. Lalala

Aku start la pencarian. Kat mana lagi kalau tak Lebai Google di ikuti dengan Cik YouTube. Setelah sekian lama mencari.... akhirnya ku temui juga. Err padahal cari tak sampai seminit pun. Haa terjumpalah channel Master The Guitar yang dalamnya ada video Learning Guitar For Dummies daripada part 1 sampailah part8.

Inilah dia 'Learning Guitar For Dummies'

Kenapa aku suka vid mat salleh ni sebabnya dia ajar satu persatu. Tapi boleh abaikan kot part 1 & part2 dia sebab mostly just about types of guitar, how to hold, tuning and music notes. Eceh, macam dah terer je kan nak skip lesson. Sokay, mesti dah tau cara nak hold gitar tu secara betul kan? Jadi tak ada masalah nak skip terus ke part 3.

Mula-mula dia ajar dulu basic chords macam E, D & A. Haa memang terkepak terkiok la jari aku masa tu. Sakit hujung jari tu tak payah cerita la memang berbekas-bekas macam kena rotan. Rotan di bahagian jari? Haha geli dengar. Sampai nak dekat seminggu, terus hujung jari tu jadi keras. Sadis sungguh. Time ni aku tertanya-tanya adakah jari Yuna, Shila Amzah, Taylor Swift semua tu keras? Hehe.

Jariku  terdera :'(

Rajin tak? siap dengan notes. hihi


Sumpah rasa susah gila macam nak give up blajaq gitar. Err macam dah lama blajaq je kan padahal masa tu baru sehari dua kot. Ye lah mana tak rasa nak give up bila jari tu keras semacam je. Kalau typing laju kemain plak jari kesana kemari. Racist betul la jari ni!

Sampai la aku dah terer sikit. Haha perasan gila terer jadahnya takat main 3 chords kan but Im proud of myself. Bukan senang nak belajar sendiri kan. Tapi sebenarnya seribu kali lebih baik kalau kita belajar daripada orang lain, i mean ada yg jadi guru pada kita. Lagi mudah, pantas dan efisyen. Huu macam iklan air Syabas pulak.

P/S: kakak aku sendiri request lagu. nasib baik dia request suruh blajaq lagu Lucky sampai pandai :)

Saturday, February 16, 2013

The Impossible


Hye uols. Cuti-cuti ni mesti ramai taktau nak buat apa kan? Melainkan yang kerja tu memang dah tentu kena pergi kerja. Busy habis sampai takdak masa mende lain dah. I know how it feel. Dah selalu pun kerja time cuti sem ni. So, cuti kali ni memang malas nak kerja. Relax sudah sebab sem ni terlalu busy dan jarang pun balik rumah jumpa makpak aku.

Okay enough, tak payah bebel panjang. Entry kali ni pasal movie 'The Impossible'. Meh kita review sikit. Aku memang taktau kewujudan cerita ni until aku tanya dekat followers Twitter, "movie apa best sekarang ye?" lepastu kakak aku pulak yang reply cakap cerita ni best. So apa lagi, aku pun tengok. hihi.

Movie ni mengisahkan family yang bercuti kat Thailand untuk krismas. Lepas je bukak present masing-masing pagi krismas tu, they go to the pool macam tourists yang lain. Start daripada situ la tiba-tiba air laut naik dan jadi tsunami.

Tsunami mula menggila

Apa yang aku suka pasal cerita ni sebab movie ni based on true story. Memang nama watak dalam movie ni pun guna nama sebenar mangsa. One thing aku suka pasal international movie is depa buat cerita gila real. Memang tak ada persoalan langsung, tak logik itu tak betul ini. Semua nampak cantik dan tak exaggerate.

Bagi sesiapa yang cepat emosi, tolong sediakan tisu masa nak tengok cerita ni sebab sangatlah tragis dan munusuk jantung dan qalbu. Aku yang kononnya katang ni pun nangis tengok cerita ni. Sangatlah tersentuh jiwa raga tengok macam mana diorang survive untuk cari semula family diorang sesuai dengan tagline movie ni "Nothing is more powerful than the human spirit".

The night before the tsunami


Nak tau pengakhirannya kena la tengok sendiri tapi memang cerita wajib tonton! Nah tengok dulu trailer ni.



P/S: tengah tunggu kualiti cerita Malaysia ke tahap ni. agak-agak bila ya?

Vlog. Apa tu?

Hye assalamualaikum uols. Untuk yang masih ikot blog ni, I just wanna say sorry guys coz tak pernah give commitment for my dearest blog and for uols. Nampak sangat memang tak ada bakat jadi bloggers. Orang lain tu banyak je idea mencurah kalau nak berblogging ni kan. Sekarang pulak trend vlogging. So macam lapuk sikit la kot blog ni. Oh this is my 1st entry la for 2013. Yeay!

So, what uols know bout vlog? Impossible la tak pernah dengar vlog tu apa kan? Sekarang semua canggih kot. Semuanya di hujung jari anda. Eceh, macam buat iklan la pulak. Vlog sebenarnya adalah singkatan kepada video blog, maksudnya dah tentulah guna medium video sebagai cara untuk menyampaikan mesej. dah macam lecturer pulak aku rasa. hihi.

Apa yang depa duk buat dalam vlog tu? Haa macam-macam la yang boleh di buat contohnya menyanyi ke, tutorial ke, parodi ke, bagi nasihat ke dan sebagainya. Ramai yang sekarang dah jadi cukup popular di sebabkan vlog depa contohnya Mat Luthfi, Anwar Hadi dan Maria Elena.

Ehsan daripada Lebai Google

Depa ni biasa je tapi apa yg membuatkan orang boleh suka kat depa ni? Haa sebabnya depa cari special talent dalam diri sendiri. Video yg di hasilkan semua mampu buat kita ketawa dan bukan cuma ketawa, terselit pengajaran yang boleh di jadikan sempadan hidup.

Enjoy pun enjoy jugak tapi selitkanlah pengajaran sikit supaya berguna.

P/S: tengok Cinta Vlog lakonan Aliff Aziz & Wawa Zainal di Youtube. Comel. :)

Monday, September 5, 2011

Lepas raya

So this is my first entry for September 2011. hee banyak yang berlaku sepanjang tak update blog ni. dan aku tak wish lagi semua orang Selamat Hari Raya! :) dekat Facebook sekarang memang ramaaaaaai sangat orang upload gambar raya. semua bahagia. alhamdulillah. korang punya raya macam mana? agak-agak best tak?

Raya kali ni dekat Klang, Selangor. nenek duduk kat sana so balik sana la. tu pun tak semua adik beradik ada. jadinya raya kali ni macam biasa-biasa je. gambar pun tak ambil banyak. setakat ada je la. dah sibuk ni nak fikir masuk belajar semula. nervous tu lain macam sikit kali ni. entah la kenapa.

p/s : entry paling merapu ni T___T

Saturday, August 27, 2011

Eh, raya dah nak dekat :D

Assalamualaikum and good morning,

Hari ni dah masuk hari ke-27 kita berpuasa. sedar tak sedar je kan. tik tok tik tok dah pun penghujung Ramadhan. sure all of us dah siiiiiiibuk sangat fikir pasal raya. boleh je nak raya tapi puasa cukup ke? if perempuan memang di terima la ada time nya tak puasa. bukannya taknak puasa tapi memang tak boleh berpuasa. paham-paham la :D

And as we all know, time ni la jalan dah mula sesak dan padat sangat dengan macam-macam kereta dan macam-macam karenah pemandu. time ni jugak la a lot of accidents yang jadi depan mata. so kena careful sangat time nak festival macam ni. maybe kita betul-betul careful tapi orang lain macam mana? tak pasal-pasal kita yang kena langgar. so bila driving kita bukan setakat berhati-hati, tapi kena cekap oke guys?

Haa, dekat Facebook and Twitter pun dah penuh dengan status pasal raya, shopping, balik kampung. meriah macam dah esok nak raya. haha. aku pun dah start tolong kemas rumah sikit-sikit. malam tadi tukar sarung cushion. hari ni nak tukar langsir pulak. tapi bukan tukar baru ye, yang lama punya je ganti-ganti. kan jimaaat? :)

p/s : tak sabar nak berbuka dengan bini-bini first forever :-*

Monday, August 8, 2011

Nak kan rambut baru untuk raya ni?

Well guys, raya lagi 3 minggu kan. so I'm thinking maybe some of you might worry bout what they gonna style their hair this Eid. tak payah fikir panjang guys. ada suggestion baik punyaaa. hehe Kérastase Paris now tengah bermurah hati sekarang nak bagi free gift salon treatment personalised to your scalp and hair needs. haaa, agak-agak berminat tak?


So what you're waiting for? eehh macam lagu Mizz Nina. haaa tapi betul la kan, tunggu apa lagi? macam mane eh nak dapat free gift ni? senaaaang sangat, just register je form kat SINI lepas tu tunggu beberapa hari kemudian. register cepat-cepat tau sebab valid from 20 July to 20 August 2011 sahaja! once korang dah received gift certificate tu kat mailbox alamat korang, then call je nearest participating Kérastase salon then buat appointment oke? aku dah, korang bila lagi? :D



p/s : jom all my lesbos kita pi buat rambut ramai-ramai! :D

Monday, August 1, 2011

Welcome Ramadhan


Post pertama untuk Ogos ni dah tentu la pasal Ramadhan. Ramadhan bulan ape ye adik kakak? Yeeeee, tepat skali! untuk puasa dan tambahkan amal jariah. hehe jadi ustazah kejap malam-malam ni. ada jugak karang aku tak tidur-tidur sampai la semua orang nak bangun sahur. kakak aku pun ada kat depan aku ni tak boleh tidur jugak. excited nak puasa esok la kot. :D

So kisahnya memang sebulan aku berpuasa sepenuhnya kat rumah tanpa bekerja, tanpa belajar. mungkin lepas ni dah susah nak dapat peluang ni dan mungkin aku takkan dapat peluang ni lagi. lain la kalau nanti insyaallah ada lagi cuti panjang macam ni. seronok la kalau tiap tahun macam ni kan. orang lain yang kena berpuasa kat kolej tu jangan marah okay? rezeki masing-masing. tak kisah kat mana-mana pun kena puasa jugak, sama je kan. :)

Kali ni aku harap dapat puasa penuh. lain la kalau tiba-tiba pulak terbentang RED CARPET, tu lain ceghitaaa. dulu-dulu punya kisah, biarkan je berlalu pergi tanpa perlu menoleh lagi. Selamat menyambut Ramadhan alMubarak ye semua! :)

Sunday, July 31, 2011

Auumm auummm!


Hehe, mesti la dah dapat agak kan nak cakap pasal ape ni. tengok title post ni pun dah tentu bunyi harimau. haaa, nak cerita pasal Harimau Malaya kita tu laaa. tiket Malaysia vs. Singapore kan dah start jual Selasa 26/7. tapi aku baru sampai kotaraya pancaroba tu hari rabu. jadi memang dah banyak dengar kat merata-rata cakap tiket semua dah habis jual. mesti pelik kan kenapa aku macam berminat pulak dengan bola. haha ni semua pengaruh gf. dia la yang sibuk sangat nak tengok kat stadium. selalu temankan tengok kat mamak je pun dah cukup. tapi baguslah kan, ada pengalaman sikit tengok bola real dekat stadium.

Sambung balik pasal tiket. memang dengarnya dah habis la kan. tapi kitorang try luck jugak. ingatkan nak pergi tengok betul2 kat stadium betul ke dah habis jual tiket. then gf call member2 dia mana tau kot-kot ada tiket lebih ke. and yeah, kitorang dapat dua tiket. thanks sangat Max. hehe.







So dari tengah hari kitorang keluar sampai la tengah malam. tak banyak sangat gambar yang aku ambil. bateri fon low pulak time tu. cakap pasal Harimau Malaya la pulak. dapat tengok live memang feel lain dari tengok kat tv. tapi kenapa thah nampak diorang main macam tak semangat. macam malas je main, kejar bola. yang geram pulak Singapore memang macam menang Oscar je. suke sangat main baring2 taknak bangun. padahal bukan jatuh ape la sangat.

Gf dah start geram plus kecewa bila Singapore dapat gol satu terus dia dah nak blah dari situ. lagipun memang dah tak sempat Malaysia nak kejar time tu. then tunggu dah nak abis sikit then kitorang pun balik. tapi tak apalah Malaysia, lain kali buat yang lebih terbaik ya! :)

p/s: Khairulfahmi dah putus tunang, ada sesiapa nak masuk line? :p

Penghujung Cik July

Sebelum Julai nak mengundur diri dan memberikan laluan kehormat untuk Ogos, baik aku upload some pictures. pertengahan bulan July haritu aku pergi vacation ke Langkawi dengan my girlfriend, Mary Houston. thanks for everything darl. so kat sana memang happening. full of foreigners. mak arab, pak arab, omputeh, matsalleh. apa lagi gelaran semua ada.

Sorry if the quality of the photos turn bad cause i already compressed them. so can I just leave you with all this beautiful pictures? :)















p/s : boleh nak pergi lagi some other time? pergi with all lesbos? :)

Sunday, May 22, 2011

Lukis plan. :D

Malam yang macam agak membosankan. memang malas sangat nak tengok tv. so terperap je la dalam bilik menggodam semua file kat dalam laptop sendiri. ni lah hasil yang aku jumpa. plan 7eleven tempat kerja lama yang aku lukis dulu! haha sangat buruk! :D

Saturday, May 21, 2011

Heart heart


Separuh hari bersama mereka sangat mengembirakan. i heart youuuu! :)

Wednesday, May 18, 2011

Baru nak cecah 100! haha


Yeay welcome back honey! cakap sendiri kat diri sendiri sebab dah tak ada sesiapa yang nak cakap kat aku. heee. btw, dah dua bulan aku tinggal blog ni secara paksa rela. ahaha bukan ape, banyak sangat yang perlu di kejar sampai lupa wujud lagi blog ni. :D

Memang tak ada niat pun nak biarkan aje bersawang cuma memang tak ada masa nak update. now here i am. tu pun sebab cuti sem. kalau tak, non hado! cuti dah setengah bulan tapi line internet kat rumah baru je elok so baru ni la dapat online sepuas hati.

Dan aku baru perasan yang entry ni yang ke-100 aku! haha lambat kan. orang laen macam dah beribu-ribu yang diorang post kat blog tapi aku baru nak cecah 100. but who cares anyway? yang penting sekurang-kurangnya tetap menghasilkan sesuatu.

Happy hols peeps~

Saturday, December 25, 2010

Hilang sudah

Mood kerja dah hilang entah ke mana. mood untuk tidak berkerja sangat membuak-buak sekarang. please, cepat la habis bulan 12. :(

Wednesday, December 8, 2010

Tahun baru Islam


Dah start pun bulan muharram semalam kan. macam mana korang habiskan masa semalam? awal muharram bukan sekadar cuti am je okay? aku pulak sibuk kerja. bangun pun dah tengah hari. hmm, awal-awal tahun lagi dah gagal displin diri. susahnya la rasa nak bangun awal kan.

Mesti korang ada niat tahun baru kan? aku pun ada jugak sebab apa yang kita nak kan kita kena awal-awal target. baru menjadi if cukup dengan usaha. :)

Kali ni, aku nak belajar betul-betul. tak nak lagi jadi macam sem-sem yang lepas. cuak jugak result dah nak keluar 22 hari lagi kalau tak silap. ramai member-member sibuk kat status diorang pasal result yang akan keluar nanti. bagi aku, tak perlu over cuak. yang penting kita dah cuba sebaik mungkin masa jawab exam dulu. so, terima apa yang akan kita dapat nanti oke?

haaa, yang keduanya aku nak kumpul duit banyak-banyak. niat aku nak buat bisnes naik sem nanti. tapi bisnes apa akan aku konpem kan nanti la. ni niat dulu. sekarang pun tengah ushar-ushar chance yang terbaik untuk aku dapat duit lebih.

apa-apa pun, sentiasa berusaha dengan apa yang korang nak capai oke? tak ada apa yang mustahil :)

Monday, December 6, 2010

kerja kerja II

Tak sangka la macam cepat je masa sekarang. sedar tak sedar sampai dah nak seminggu aku kerja. seminggu aku dah tak buang masa duduk melangut kat rumah. mujur jugak aku cepat cari kerja. kalau tak, sia-sia je cuti aku terbuang. siapa nak bagi duit senang-senang kat aku kalau tak buat apa-apa.

Lagipun, aku memang nak guna duit banyak untuk next sem. guna hasil titik peluh sendiri lagi seronok rasa nya walaupun kerja aku ni tak ada pun keluar peluh. heee :D

Kerja tak susah mana la. aku still boleh handle dengan sebaik mungkin. masuk-masuk kerja kena kira rokok dulu. memang dah terer la sume jenis rokok aku hafal. haha. konon pejam mata dah boleh kira la ni. :DD

Boring-boring pergi susun barang, isi harga kat barang yang baru, lap-lap kaunter. tu je la kot yang selalu aku buat. bukan ramai sangat pun orang nak membeli kat situ. paling ramai pun tiap kali masuk je nak beli topup. haha layankan aje la.

So far aku masih lagi dalam kategori hidup yang bahagia. haha ada kena mengena pulak kan dengan kerja ni. hoho :D

Thursday, December 2, 2010

Kerja kerja

Ingat tak post yang lepas aku ada cakap yang aku nak cari kerja? hah ni lah sambungan kisah pasal kerja. last aku kerja masa tunggu result spm. itu kali terakhir aku kerja. kira memang dah lama jugak lah tinggalkan alam kerjaya. eceh, kerjaya la sangat. heee :D

Banyak tempat aku try mintak kerja. watsons, guardian, 7eleven, kedai buku men men & midashi. kedai buku memang tak nak pakai orang. yang lain kebanyakannya kena isi borang. aku pun isi je la borang tu dengan muke bosan.
Yes, aku tak buat persediaan kalau orang tanya aku nak kerja berapa lama. aku bantai bodoh jawap sebulan. memang tak la diorang nak ambik aku kerja. haha lurus sangat pun tak guna. sekarang menyesal tak dapat kerja guardian. kan comel je kerja sana. hiks.

Tapi tak apa, sekarang aku dah jadi pekerja 7eleven yang gigih belajar benda baru. hoho. wish me luck there. btw, picture bawah ni aku main ambik kat google je. :D


Wednesday, November 24, 2010

job for me?



currently searching for a job for this semester break.

harap-harap dapat kerja. sumpah boluii pokaiii T_T

holidays



Eh, lupa nak update sekarang dah start cuti. dah dekat 2 minggu pun cuti sem. tapi baru sempat nak update.

motif aku letak pic artis korea kat atas nih? saje je sebab sexy plus cun. haha :D

yeap exam was like ergghhh. last paper memang macam haram. tak ada mood langsung nak study and memang padan muka lah tak reti nak jawab memulas kepala dalam bilik exam.

nasib kau lah kan siapa suruh tak study. :DDD

balik rumah tercinta lepas tu balik rumah nenek pulak. lama tak jenguk nenek. memang tak sempat tahun ni macam sibuk sangat. sorry nenek. :(

okay and now, minggu yang sibuk bagi mama, kakngah dan aku yang selalunya menyibuk je. :DD

weekend abang bertunang. jadi mau tak sibuk mama aku sorang ni. nanti dah siap barang hantaran aku upload okay? :)