Showing posts with label changes. Show all posts
Showing posts with label changes. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Majlis sana sini


Baru-baru ni, sekolah mak aku dah bertukar guru besar. Dulu guru besar perempuan, yang terbaru ni lelaki. Banyak jugak la kerja mak aku kena buat sebab bila ketuanya dah berubah, tentu lain jugak cara depa kan. Nak taknak mak aku must obey her boss kan. Okay, that's not the point here.

Now aku nak cakap soal majlis. Majlis perpisahan.Tak kisahlah kat mana sekalipun. Sekolah ke pejabat ke mana-mana je la tempat kerja. Selalunya kita akan adakan majlis perpisahan bila pekerja depa nak berpindah atau pencen misalnya. Standard la tu kan?

Tapi selalu tak korang dengar majlis sambutan ke suai kenal ke atau yang seangkatan dengan tu? Mesti kurang kan? This is what I want to say. Nampak lebih proper kan kalau ada majlis sambutan? Enough dengan buat makan-makan ke apa asalkan menunjukkan yang kita welcoming them to the new place. Sure depa rasa aura positif untuk dia start bekerja kat tempat baru.

Bukan sekadar buat parti untuk orang yang dah nak berhenti kerja. Yah I know it is important too. Tunjukkan yang kita appreciate their hard work, wishing all the best and many more. Tapi boleh jugak consider as gembira bila depa nak blah. Okay maybe ada yang tak setuju dengan aku but masing-masing ada hak bersuara aite? So this is just my opinion.

P/S: raikan orang yang datang dan pergi secara sama rata. lagi cantik :)


Wednesday, October 19, 2011

Modul pemantapan diri la konon :D

Last week, hari sabtu terganggu seketika. haa sebab apa? orang lain syiok bergembira ke tidur membongkang kat rumah ke tapi aku kena pergi modul pulak. tapi tak kisah la. nak pergi modul kena ikhlas. baru la sepanjang hari tu terasa ringan dan cepat. kalau dari awal hari lagi dah mengeluh itu ini memang sepanjang hari la rasa susah dan bosan aje. so, apa yang best nya modul kat Shah Alam ni berbanding Melaka? haaa kat sini sehari je kena hadirkan diri. macam time diploma dulu dua hari sabtu dan ahad! memang selalu rasa terpaksa la dulu. tapi kena ubah mind set. taknak jadi macam dulu lagi :)


So, apa yang macam best time modul ni? ada satu aktiviti kitorang perlu buat menara duit. you guess? menara dah tentu tentu la tinggi kan? tapi buat guna duit? macam mana tu? duit dah la lembik. buatnya daripada kertas pulak kan. mulai dari situ, nampak la kekreatifan masing-masing memberi idea dan pandangan. dalam satu kelas tu divided by 3 group. so my group time nak buat tu lagi terbahagi 2 department. haha macam tak kena pulak tapi lantaklah. sebelah sana try buat. sebelah sini pun try buat. bila satu group ni macam naik sikit, semua pun focus kat satu group ni je. tapi memang group kitorang paling kecoh sekali, buat bukan setakat tangan je yang laju, mulut pun kemain sama laju. haha



Guess what, of course group kitorang menang. menara paling tinggi. siap dekat puncak menara tu ada love dengan baju. ahaha comel je. yang paling comel sekali, love tu budak lelaki yang buat ye. baju dari RM50 tu sayalah yang buat. ehehe. :D so, moral of the story nya ada banyak. sesuatu objective yang sukar tu senang je di capai kalau ada persefahaman, persepakatan, saling bantu-membantu kan? tapi ada yang cakap moralnya, jangan suruh budak mascomm buat building, nanti roboh. hahaha

One more, siapa tahu macam mana nak lukis gambar kat bawah ni tanpa angkat pen langsung? terus melukis tanpa pertindihan dakwat dan tanpa angkat pen? sila angkat tangan sendiri kalau dah berjaya ea  :p


Monday, September 26, 2011

Lens oh lens



Alhamdulillah, hari ni dah genap sebulan pakai contact lens. Haha teringat sebulan yang lepas, orang lain kemain shopping baju raya, kasut raya, kuih raya dengan segalanya tentang raya tapi aku pulak sibuk nak beli lens raya. Lepas tu time raya bukannya pakai pun. Hajat memang dah lama sangat nak pakai but then tak berkesempatan. Tapi masa tu keluar jalan dengan ejoe, so tetiba rasa macam nak buat lens. Pun pergi la check mata and all that. 2, 3 hari lepas tu terus dating ambil lens kat kedai tu.

So far pakai lens memang rasa best. Rasa macam dah tak rabun lagi. Tapiiii, untuk 8jam je la tak rabun kan. Lepas tu dah kena remove. Huuu. Ramai orang cakap buat apa nak pakai lens, susah la leceh la itu la ini la. Hurm kebanyakannya memang betul sebab it takes time kan nak pakai. Kena cuci tangan bersih dulu, bukak lens box tu, bilas dengan solution dia, lepas tu bukak mata besar-besar, letak kat mata pelan-pelan and last skali kelip-kelip mata dulu. Haaa bunyi sangat leceh kan. Tapi banyak benefit kot. Depends la.

For me, memang tak ada keyakinan bila pakai spect in public. Tak tau kenapa. Spect pun sentiasa tersimpan dekat dalam handbag je kalau keluar. So memang natijahnya, jalan pun tak pandang sesiapa. Kalau nampak pun bukan jelas la kan. Bila pakai lens, senang rasa hidup. Tak susahkan orang lain, sendiri pandang, sendiri baca. Siap boleh tunjuk kat orang lain lagi. Hoho. Tapi niat sebenarnya memang sebab nak senang pergi kelas. Tak payah nak bawak spect la ape la.

Lens should be remove after 8hours but then aku pernah terlajak sampai 12jam. Memang pedih nak merah-merah jugak la mata tapi it’s okay asalkan jangan selalu buat. Boleh rosak mata dan menyebabkan terbentuknya lubang-lubang kecil dekat anak mata. Tu optometrist  la yang cakap. Kalau dah teruk sangat boleh jadi buta. Hah, nak jadi buta dik nom? Sure la taknak kan, jadi jagalah mata anda. Siap buat pesanan khidmat masyarakat tau. Kelas kau maria! :D


p/s: ada seorang kawan suka sangat menganjing suruh pakai color lens. Baru jadi Barbie doll sikit katanya :p

Thursday, August 25, 2011

Penggunaan MasyaAllah

Assalamualaikum uols. :D

Rasa macam dah lama tak update blog ni. padahal baru berapa hari tinggal. okay back to the main topic. penggunaan perkataan seharian kita selalunya mesti akan ada puji-pujian kepada Allah kan. okay, so macam mana dengan MasyaAllah? korang selalu gunakan MasyaAllah pada situasi yang macam mana?

a. bila korang tengok benda tak elok
b. bila korang tengok benda elok
c. bila korang tengok benda elok dan tak elok sekaligus

Mesti ada yang dah tau pasal penggunaan yang tepat untuk MasyaAllah ni kan. tak pun mungkin ada yang cakap "eleh, dah lama dah aku tau pasal ni". tapi korang sampaikan tak dekat orang yang berdekatan dengan korang? haaa ingat, sampaikan ilmu yang ada didada selagi mampu. sebab tu tugas pendidik sangat di pandang mulia.

Haaa okay back to the topic, MasyaAllah bermaksud apa yang Allah kehendaki (as Allah willing), so jawapan yang paling tepat ialah b. bila korang tengok benda elok. ada yang terkejut ke? ye memang betul SEPATUTNYA kita guna bila nampak sesuatu yang niceee macam tengok orang cantik ke cakap la "MasyaAllah, cantiknya kakak tu". tu baru betul betul yang dinamakan betul.

Memang selalu kita disogokkan dengan movie atau cerita-cerita melayu yang dah salah faham maksud MasyaAllah. nampak perempuan sexy lepastu boleh pulak tutup mata sambil cakap MasyaAllah. heee, itu yang dah tak kena konsep tu. tapi tak apa, now kita dah dapat la sikit info untuk dikongsi bersama kan. :)

p/s : tak percaya? pergi la tanya ustaz yang berhampiran.

Monday, August 15, 2011

Rockaway 2011 anyone?

Well guys, do you still remember the post bout Sum 41 concert? emm now i got a bad news for you. yeahh maybe not all of you. and maybe this is good news for you. okay stop it! hee :D orait, macam yang aku dah mentioned before, Sum 41 akan buat concert on 8th Oct kan. but then, tu bukan concert diorang punya. sob sob T_T

Tu namanya concert Rockaway 2011! Rockaway 2011 will feature international headliners, Sum 41 and Dashboard Confessional. bukannya concert diorang semata-mata. so hancurlah harapan. uhukk. yang ramainya local band. so kalau korang minat kebanyakan local band yang lebih pada indie band, memang sangat di alu-alukanlah untuk mengkonsertkan diri.


Antara yang perform nanti ialah One Buck Short, Love Me Butch, Lo, Hujan, Metalasia, Pop Shuvit & Project E.A.R, Monoloque, Deja Voodoo Spells, They Will Kill Us All, Kyoto Protocol, Massacre Conspiracy dan baaaaaaanyak lagi. So pada sesiapa yang macam interested tu boleh la pegi tengok sendiri website kat SINI okay! now, korang fikir-fikirkanlah nak pergi ke tak. nak beli ticket ke apa semua ada kat website tu. have fun!

p/s : aku tak minat la kalau banyak sangat band camni. T_T

Saturday, May 21, 2011

Lambat attach large file dekat email?

Oh well. semalam aku ada post dekat twitter if ada sesiapa yang tau ape yang boleh pakai selain email if nak attach or share large folder nak bagi orang lain. then tak ada sesiapa yang reply dekat twitter. it's okay then. i'll assume tak ada orang tau la kot.

Copy paste balik and post as my status kat facebook baru la ade yang komen which is my bestfriend. dia suruh guna DROPBOX. apa tu? sumpah tak tau kewujudan application tu selama ni. then dia cakap kawan-kawan tempat belajar dia selalu guna 'medium' ni untuk share notes and etc. so barulah aku tahu. i'll just give a shot.

Try la terus google then inilah rupanya application tu.


Just download and install je dulu Dropbox ni then dah boleh start guna. ikut je direction yang diorang dah bagi nanti. btw, benda ni sangat senang sangat nak share file. tak payah tunggu berjam-jam nak attach file through email dekat member-member semua. bagi je link kat diorang then diorang dah boleh tengok sama-sama! sangat cool!

Wednesday, December 29, 2010

quote of the day #10

Wednesday, February 10, 2010

just stay

Friends Pictures, Images and Photos

even if everything changes and if we move on, let's just stay the way we are, let's not grow up too fast.