Showing posts with label attitude. Show all posts
Showing posts with label attitude. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Pembantu rumah lambung bayi



Mungkin tak terlambat lagi untuk aku perkatakan isu yang hangat di bualkan oleh orang ramai. Isu pembantu rumah lambung anak majikan. Apa sebenarnya yang dia fikir dalam otak dia? Tak ada belas kasihan ke macam mana ni?


Haiwan pun ada perasaan belas kasihan, kasih sayang. Inikan manusia. Mujur mak baby tu pasang cctv dekat rumah dia. Sempat di selamatkan anak tu sebelum lagi jadi parah. Baru sehari bekerja dah tunjuk belang. Lambung anak orang sesuka hati. Memang ada masalah mental kot. Tak sanggup nak bayang kalau kena dekat saudara mara sendiri. 

P/S: makin hari, entah kemana sifat sayang manusia.

Kenduri takdak pengantin

Macam tajuk kat atas ni. Pernah tak korang pergi kenduri kahwin tapi takdak pengantin pun? So far dalam hidup aku tak pernah lagi terjadi antara semua yang terdekat dan kenalan aku. Mintak di jauhkan. Apa yang jadi sebenarnya?





Dalam Metro hari ni, 18 Feb 2013. Front page dah terpampang berita hot ni. Pengantin perempuan lari sebelum majlis akad nikah dekat Nibong Tebal. Makpak dia cakap dia memang takdak masalah dengan tunang ataupun keluarga tunang. Depa cakap kemungkinan perempuan ni lari dengan jantan lain yang baru dia kenal. 

Kita tak boleh terus judge kanapa dia lari kan? Mungkin bukan sebab lari dengan lelaki lain. Mungkin ada sebab tersendiri. Tapi, aku tak sanggup tengok gambar pak dia menangis kenangkan anak dia yang menghilang tu. Malu satu hal, sedih pun ya. 


Makpak tu la satu-satunya yang bela kita. Tipu la makpak mana yang tak gembira kalau anak dia nak kahwin. Mesti depa yang macam lebih sudu daripada kuah. Sibuk sana sini order catering, pelamin, khemah, goodies. Apa lagi yang depa tak fikirkan untuk kita?

Bagi aku, benda macam ni ibarat satu tamparan kat makpak dia. Sungguh perempuan ni tak fikir panjang. Malunya makpak dia mesti Allah je yang tahu. Apa depa nak jawab masa tetamu datang? Anak aku dah lari dah. Nak buat macam mana. 

Nampak tak? Sungguh. Mana pergi perasaan kasih sayang? 


Wednesday, October 19, 2011

Modul pemantapan diri la konon :D

Last week, hari sabtu terganggu seketika. haa sebab apa? orang lain syiok bergembira ke tidur membongkang kat rumah ke tapi aku kena pergi modul pulak. tapi tak kisah la. nak pergi modul kena ikhlas. baru la sepanjang hari tu terasa ringan dan cepat. kalau dari awal hari lagi dah mengeluh itu ini memang sepanjang hari la rasa susah dan bosan aje. so, apa yang best nya modul kat Shah Alam ni berbanding Melaka? haaa kat sini sehari je kena hadirkan diri. macam time diploma dulu dua hari sabtu dan ahad! memang selalu rasa terpaksa la dulu. tapi kena ubah mind set. taknak jadi macam dulu lagi :)


So, apa yang macam best time modul ni? ada satu aktiviti kitorang perlu buat menara duit. you guess? menara dah tentu tentu la tinggi kan? tapi buat guna duit? macam mana tu? duit dah la lembik. buatnya daripada kertas pulak kan. mulai dari situ, nampak la kekreatifan masing-masing memberi idea dan pandangan. dalam satu kelas tu divided by 3 group. so my group time nak buat tu lagi terbahagi 2 department. haha macam tak kena pulak tapi lantaklah. sebelah sana try buat. sebelah sini pun try buat. bila satu group ni macam naik sikit, semua pun focus kat satu group ni je. tapi memang group kitorang paling kecoh sekali, buat bukan setakat tangan je yang laju, mulut pun kemain sama laju. haha



Guess what, of course group kitorang menang. menara paling tinggi. siap dekat puncak menara tu ada love dengan baju. ahaha comel je. yang paling comel sekali, love tu budak lelaki yang buat ye. baju dari RM50 tu sayalah yang buat. ehehe. :D so, moral of the story nya ada banyak. sesuatu objective yang sukar tu senang je di capai kalau ada persefahaman, persepakatan, saling bantu-membantu kan? tapi ada yang cakap moralnya, jangan suruh budak mascomm buat building, nanti roboh. hahaha

One more, siapa tahu macam mana nak lukis gambar kat bawah ni tanpa angkat pen langsung? terus melukis tanpa pertindihan dakwat dan tanpa angkat pen? sila angkat tangan sendiri kalau dah berjaya ea  :p


Saturday, August 20, 2011

Cari malam terakhir Ramadhan

Alhamdulillah dah 20 hari kita semua puasa kan. sedar tak sedar je dah nak dekat penghujung Ramadhan. dalam masa 10 malam-malam terakhir Ramadhan ni la semua orang berlumba buat amal dan qiamullail demi mengejar Lailatul Qadar. kejar selagi terdaya sebab kita tak tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita dapat merasa.

Okay, macam mana berbuka hari ni? tadi berbuka dekat dataran area rumah. kawasan perumahan kitorang buat majlis berbuka puasa. so keadaannya memang meriah. cuma tak best nya bila masa tengah nak ambil-ambil lauk nak makan tu adaaaaa je orang yang tak berbudi bahasa. macam tak puasa pulak kan. okay tu je lah. so boleh tengok gambar-gambar yang sempat snap. :)






p/s : berasa kerugian T___T

Wednesday, December 29, 2010

quote of the day #10

Thursday, December 9, 2010

Berkorban apa saja.


Ni memang kisah tak benar. bukan Kisah Benar cerita yang dulu ada kat TV3 tu. bukan! this is based on true story. kisah kawan pada kawan aku. kisah percintaan. sounds boring yeah? tapi baca dulu okay?

Mulanya bercinta dalam alam persekolahan. biasanya cinta zaman sekolah kan cuma macam cinta monyet. tapi yang ni lain sikit. kekal sampai jinjang pelamin. wahh gitu. memang sangat tak di restui oleh mak bapa Kirana. eh, tetiba pulak sinetron Cinta Kirana. haha.

Okay cuba kita fikir sendiri, ada ke mak bapak yang sanggup lepaskan anak diorang pada lelaki yang tak punya masa depan. makan pakai sendiri pun tak tentu hala, inikan pulak nak jaga anak dara orang. tapi dah nama pun di lamun cinta degil sangat nak jugak menikah, maka berlangsunglah perkahwinan di antara diorang lepas tamat sekolah dan dapatlah anak hasil perkahwinan diorang.

Apa perjalanan hidup kebiasaannya lepas SPM? mestilah nak sambung ke peringkat lebih tinggi. si wanita tu pun dapat tawaran belajar di ipt. "abang, saya dapat tawaran belajar.camno ni?" kata wanita itu. "Pergilah yang, abang relakan. abang akan tanggung semua perbelanjaan ayang kat sana." jawap suami dia. err, aku main reka je tapi mungkin macam tu la dialog antara diorang berdua.

Pergilah si wanita tu dengan meninggalkan anak dan suami untuk melanjutkan pelajaran. huuuu sangat skema ayat. btw, memang laki tu sendirian jaga anak diorang tau. dah la si laki ni kerja apa je. maksudnya tak cukup duit la kan nak sara anak dan isteri. orang belajar memang banyak pakai duit kan.

Apa ertinya jadi suami isteri? general nya, untuk saling memahami la kan? tapi lain jadi nya dalam kisah ni. si wanita ni mintak duit dekat laki nya setiap minggu. bayangkanlah. anak tauke ikan boleh la nak bagi duit tiap minggu. ini laki dia. dia sendiri tau kot. dengan kos sara anak lagi. ingat susu dengan pampers semua tu murah boleh beli dengan air kencing liur? memang tak la kan.

Mungkin si lelaki ni dah mati akal kat mana nak cari duit untuk tampung semua tanggungjawab dia tu, dia dah melakukan satu langkah yang tak sepatutnya dia ambil. lelaki tu mula meragut barang kemas. setiap barang kemas yang dia ragut, terus di gadai. duit hasil ragut tu lah yang di beri kat anak dan isteri dia. tapi isteri dia masih senang lenang mintak duit kat sana. bukan nak tolong si suami.

Akhirnya pekung pun dah terbuka, polis dapat menahan lelaki ni. geledah rumah lelaki ni, nampak lagi 2 kotak barang kemas. 1 barang-barang emas, 1 lagi barang zhulian yang tak boleh gadai. laki ni pun terpaksa merengkok dalam penjara atas perbuatan dia tu.

Mana pergi wanita yang selalu lelaki tu kirimkan duit? mana hilangnya ? dah ada boyfriend lain rupanya masa belajar kat sana. patut lah pun asyik mintak duit. anak suami semua dah tak di kisahkan. siap tuntut cerai bila dapat tau laki dia masuk penjara. bagi aku, at least jamin la dulu suami dia keluar penjara. baru lah nak setel hal bercerai berai ni.

Seluruh hidup lelaki tu dah sia-sia sebab wanita ni. setiap hari lelaki tu akan menjerit ayat ni je, "AKU BUAT BENDA BODOH NI SEBAB KAU JE!".


So, apa iktibarnya kisah ni? tolong la hargai pengorbanan orang lain. :(

Monday, January 18, 2010

lihat lihat




attitude rakyat Malaysia. can i talk about this sensetive issue? aku rasa sangat perlu untuk mendedahkan pada umum. tengok lah gambar kat atas ni. ape pendapat anda?

p/s : fix you.