Assalamualaikum!
Friday, May 27, 2016
Knock Knock!
kata-kata aljuffreyans at 5:23 PM 0 debat-debat
Saturday, February 23, 2013
Majlis sana sini
Baru-baru ni, sekolah mak aku dah bertukar guru besar. Dulu guru besar perempuan, yang terbaru ni lelaki. Banyak jugak la kerja mak aku kena buat sebab bila ketuanya dah berubah, tentu lain jugak cara depa kan. Nak taknak mak aku must obey her boss kan. Okay, that's not the point here.
Now aku nak cakap soal majlis. Majlis perpisahan.Tak kisahlah kat mana sekalipun. Sekolah ke pejabat ke mana-mana je la tempat kerja. Selalunya kita akan adakan majlis perpisahan bila pekerja depa nak berpindah atau pencen misalnya. Standard la tu kan?
Tapi selalu tak korang dengar majlis sambutan ke suai kenal ke atau yang seangkatan dengan tu? Mesti kurang kan? This is what I want to say. Nampak lebih proper kan kalau ada majlis sambutan? Enough dengan buat makan-makan ke apa asalkan menunjukkan yang kita welcoming them to the new place. Sure depa rasa aura positif untuk dia start bekerja kat tempat baru.
Bukan sekadar buat parti untuk orang yang dah nak berhenti kerja. Yah I know it is important too. Tunjukkan yang kita appreciate their hard work, wishing all the best and many more. Tapi boleh jugak consider as gembira bila depa nak blah. Okay maybe ada yang tak setuju dengan aku but masing-masing ada hak bersuara aite? So this is just my opinion.
P/S: raikan orang yang datang dan pergi secara sama rata. lagi cantik :)
kata-kata aljuffreyans at 2:08 AM 0 debat-debat
Labels: changes
Thursday, February 21, 2013
Tukar layout
Aku bosan. Sebab tu tukar layout. Cantik ke tidok?
kata-kata aljuffreyans at 4:23 PM 0 debat-debat
Wednesday, February 20, 2013
Cerai!
Aku dah muak dengan Blackberry. Mungkin takdak jodoh antara aku dengan BB. Aku dah mintak cerai.
Sekarang aku tengah tunggu prince charming ipong5 datang melamar. Auchh, bila nak cukup duit ni? Harap awal bulan depan dah cukup. Aminn.
kata-kata aljuffreyans at 8:03 PM 0 debat-debat
Monday, February 18, 2013
Pembantu rumah lambung bayi
kata-kata aljuffreyans at 5:28 PM 0 debat-debat
Labels: attitude
Kenduri takdak pengantin
Macam tajuk kat atas ni. Pernah tak korang pergi kenduri kahwin tapi takdak pengantin pun? So far dalam hidup aku tak pernah lagi terjadi antara semua yang terdekat dan kenalan aku. Mintak di jauhkan. Apa yang jadi sebenarnya?
kata-kata aljuffreyans at 4:34 PM 0 debat-debat
Pengubat kebosanan
Armageddon
Err idk. Seriously!
I guess I should sleep. It's 2 am!
Beloved Mama :)
Emm maybe red.
Of course! My cat, Atan & Tek. Hihi
I guess no.
Something sweet and refreshing.
Bored to death!
10pm. Having late dinner with parents.
Daaaa?
Bat cloth. Haha baju kelawar!
D'oasis Restaurant. Bajet ang tau kat mana.
Not really.
Nothing. Serious I didn't lie.
More to slow songs.
Right next to you. Yes, you! :)
Armageddon! Aku baru bagitau ang tadi. Tampaq kang teraboq gigi!
kata-kata aljuffreyans at 2:06 AM 0 debat-debat
Labels: insomnia
Sunday, February 17, 2013
Makan tido
Cuti ni paling bosan. Kerja tak apa pun tak. Makan tido makan tido. Bangun tengahari sebab tido subuh.
Kelmarin pak aku kata "Jimat bela kau ni. Tak payah bagi makan pagi. Beli makan tengahari terus."
Tadi mak aku pula kata macam ni bila nampak aku keluar dari bilik. Time tu tengahari la. "Jom sarapan."
Oh okay ma. Jangan la perli sangat. T___T
kata-kata aljuffreyans at 8:18 PM 0 debat-debat
Belajar main gitar
Hye uols. Kabare? Haa tetiba keluar pulak Jawa. Entry kali ni just nak berkongsi pengalaman tentang cinta hati. Wahh konon fefeeling jiwang pulak. Sekarang aku dah ada cinta hati yang baru. Bukan cinta hati lagu baru Shila Amzah tu tau. hehe. Okay siapakah dia? Tadaaa!
Fefeelin Taylor Swift |
Haa inilah dia cinta hati yang baru, gitar. Baik aku warning awal-awal, please jangan nak gedik cikadak request lagu la tujukan lagu la. Sebabnya aku tak reti main. Baru beginner. Takat 2, 3 chords boleh la. Lebih dari tu melayang-layang jari aku. Melayang terus melekat kat pipi depa yang mintak lagu kat aku. Hoho garang tak?
Btw, nak share sikit pengalaman blajaq gitaq ni. Hish kejap jawa kejap utara. Sat lagi thah apa keluar ni. Okay melalut lagi. Sambung cerita. Disebabkan aku ni kekurangan ka-ching $$$, so dengan konfidennya aku decide untuk belajar sendiri je. Confident is a must even if you are not. Lalala
Aku start la pencarian. Kat mana lagi kalau tak Lebai Google di ikuti dengan Cik YouTube. Setelah sekian lama mencari.... akhirnya ku temui juga. Err padahal cari tak sampai seminit pun. Haa terjumpalah channel Master The Guitar yang dalamnya ada video Learning Guitar For Dummies daripada part 1 sampailah part8.
Inilah dia 'Learning Guitar For Dummies' |
Kenapa aku suka vid mat salleh ni sebabnya dia ajar satu persatu. Tapi boleh abaikan kot part 1 & part2 dia sebab mostly just about types of guitar, how to hold, tuning and music notes. Eceh, macam dah terer je kan nak skip lesson. Sokay, mesti dah tau cara nak hold gitar tu secara betul kan? Jadi tak ada masalah nak skip terus ke part 3.
Mula-mula dia ajar dulu basic chords macam E, D & A. Haa memang terkepak terkiok la jari aku masa tu. Sakit hujung jari tu tak payah cerita la memang berbekas-bekas macam kena rotan. Rotan di bahagian jari? Haha geli dengar. Sampai nak dekat seminggu, terus hujung jari tu jadi keras. Sadis sungguh. Time ni aku tertanya-tanya adakah jari Yuna, Shila Amzah, Taylor Swift semua tu keras? Hehe.
Jariku terdera :'( |
Rajin tak? siap dengan notes. hihi |
Sumpah rasa susah gila macam nak give up blajaq gitar. Err macam dah lama blajaq je kan padahal masa tu baru sehari dua kot. Ye lah mana tak rasa nak give up bila jari tu keras semacam je. Kalau typing laju kemain plak jari kesana kemari. Racist betul la jari ni!
Sampai la aku dah terer sikit. Haha perasan gila terer jadahnya takat main 3 chords kan but Im proud of myself. Bukan senang nak belajar sendiri kan. Tapi sebenarnya seribu kali lebih baik kalau kita belajar daripada orang lain, i mean ada yg jadi guru pada kita. Lagi mudah, pantas dan efisyen. Huu macam iklan air Syabas pulak.
P/S: kakak aku sendiri request lagu. nasib baik dia request suruh blajaq lagu Lucky sampai pandai :)
Saturday, February 16, 2013
The Impossible
Hye uols. Cuti-cuti ni mesti ramai taktau nak buat apa kan? Melainkan yang kerja tu memang dah tentu kena pergi kerja. Busy habis sampai takdak masa mende lain dah. I know how it feel. Dah selalu pun kerja time cuti sem ni. So, cuti kali ni memang malas nak kerja. Relax sudah sebab sem ni terlalu busy dan jarang pun balik rumah jumpa makpak aku.
Okay enough, tak payah bebel panjang. Entry kali ni pasal movie 'The Impossible'. Meh kita review sikit. Aku memang taktau kewujudan cerita ni until aku tanya dekat followers Twitter, "movie apa best sekarang ye?" lepastu kakak aku pulak yang reply cakap cerita ni best. So apa lagi, aku pun tengok. hihi.
Movie ni mengisahkan family yang bercuti kat Thailand untuk krismas. Lepas je bukak present masing-masing pagi krismas tu, they go to the pool macam tourists yang lain. Start daripada situ la tiba-tiba air laut naik dan jadi tsunami.
Tsunami mula menggila |
Apa yang aku suka pasal cerita ni sebab movie ni based on true story. Memang nama watak dalam movie ni pun guna nama sebenar mangsa. One thing aku suka pasal international movie is depa buat cerita gila real. Memang tak ada persoalan langsung, tak logik itu tak betul ini. Semua nampak cantik dan tak exaggerate.
Bagi sesiapa yang cepat emosi, tolong sediakan tisu masa nak tengok cerita ni sebab sangatlah tragis dan munusuk jantung dan qalbu. Aku yang kononnya katang ni pun nangis tengok cerita ni. Sangatlah tersentuh jiwa raga tengok macam mana diorang survive untuk cari semula family diorang sesuai dengan tagline movie ni "Nothing is more powerful than the human spirit".
The night before the tsunami |
Nak tau pengakhirannya kena la tengok sendiri tapi memang cerita wajib tonton! Nah tengok dulu trailer ni.
P/S: tengah tunggu kualiti cerita Malaysia ke tahap ni. agak-agak bila ya?
Vlog. Apa tu?
Hye assalamualaikum uols. Untuk yang masih ikot blog ni, I just wanna say sorry guys coz tak pernah give commitment for my dearest blog and for uols. Nampak sangat memang tak ada bakat jadi bloggers. Orang lain tu banyak je idea mencurah kalau nak berblogging ni kan. Sekarang pulak trend vlogging. So macam lapuk sikit la kot blog ni. Oh this is my 1st entry la for 2013. Yeay!
So, what uols know bout vlog? Impossible la tak pernah dengar vlog tu apa kan? Sekarang semua canggih kot. Semuanya di hujung jari anda. Eceh, macam buat iklan la pulak. Vlog sebenarnya adalah singkatan kepada video blog, maksudnya dah tentulah guna medium video sebagai cara untuk menyampaikan mesej. dah macam lecturer pulak aku rasa. hihi.
Apa yang depa duk buat dalam vlog tu? Haa macam-macam la yang boleh di buat contohnya menyanyi ke, tutorial ke, parodi ke, bagi nasihat ke dan sebagainya. Ramai yang sekarang dah jadi cukup popular di sebabkan vlog depa contohnya Mat Luthfi, Anwar Hadi dan Maria Elena.
Ehsan daripada Lebai Google |
Depa ni biasa je tapi apa yg membuatkan orang boleh suka kat depa ni? Haa sebabnya depa cari special talent dalam diri sendiri. Video yg di hasilkan semua mampu buat kita ketawa dan bukan cuma ketawa, terselit pengajaran yang boleh di jadikan sempadan hidup.
Enjoy pun enjoy jugak tapi selitkanlah pengajaran sikit supaya berguna.
P/S: tengok Cinta Vlog lakonan Aliff Aziz & Wawa Zainal di Youtube. Comel. :)
Monday, July 23, 2012
Roh Puasa
Assalamualaikum semua. macam mana hari kedua berpuasa? harap semuanya baik saja. hari ni nak kongsi satu ilmu yang baru je di peroleh tadi masa terawih. ilmu ni di sampaikan oleh pengetua SMA Al-Irshad, Kuantan. jadi rasanya tak baik pulak kalau tak sampaikan pada orang lain. ilmu yang ada perlu di kongsi. betul tak? :)
Seperti tajuk post kali ni, roh puasa. kita semua yang berpuasa ni mempunyai roh puasa yang mempunyai 4 kriteria yang mana kriteria ni memang wajib ada dalam setiap orang yang berpuasa. maknanya kalau tak rasa semua ni macam tak berpuasalah anda.
1. Lapar
Siapa yang cakap dia tak lapar masa puasa memang something goes wrong somewhere la tu. haa sebab itulah fitrahnya manusia kalau berpuasa mesti la lapar. contoh makan nasi empat pinggan masa sahur. konon nak mengelak lapar. konpem tak lapar seharian kononnya. tapi belum sampai tengahari, baru pukul 10pagi terus dah rasa lapar sikit. dah masuk tengahari lagi lah laparnya. ini memang normal. tak dapat lari.
2. Dahaga
Minumlah satu jug air masa sahur tu takkan dapat menampung dahaga seharian masa berpuasa. percayalah. sekejap je dah rasa dahaga semula. tak kisah la minum milo ke oren ke air masak ke apa ke memang tak dapat lari daripada rasa dahaga. peliklah kalau puasa tak rasa dahaga langsung kan. nampak air kat bazar semua nampak sedap je. habis semua nak beli.
3. Letih
Tak rasa letih? jangan nak tipu. mesti ada walaupun sikit. even if tak buat kerja apa-apa pun tetap akan rasa letih. apatah lagi kalau bekerja. lagilah letih kan. tapi itulah tanda orang berpuasa. akan ada letih. cakap lagi sekali yang kau sikit pun tak rasa letih, maknanya tak puasa la tu. :p
4. Mengantuk
Yang ini yang paling wajib punya untuk orang yang berpuasa. mesti rasa mengantuk. mana tak nya kan. tidur terpaksa di korbankan. malam berterawih, kalau terjaga boleh buat solat tahajud, pagi-pagi dah kena bangun sahur, lepastu yang kerja kena terus berkerja. mengantuk memang tak boleh di nafikan. bila dah lapar, dahaga dan letih, jadilah mengantuk. ye dok? :)
Jadi, inilah dugaan yang kita kena hadapi sepanjang bulan Ramadhan ni. sebab tu amalan untuk sepurnama ni berlipat kali ganda pahalanya kalau nak dibandingkan dengan bulan lain. itulah sebabnya dugaan dan ujiannya lebih besar. Moga kita berjaya menempuhinya sehingga ke akhir Ramadhan. Insyaallah :)
kata-kata aljuffreyans at 1:15 AM 0 debat-debat
Labels: ramadhan
Sunday, July 22, 2012
Ikhlas tak?
Alhamdulillah selesai hari pertama berpuasa. macam mana hari anda? makan sorok bawah meja? sakit perut? muntah? steady? lapar nak mamps? haha macam-macam ragam untuk orang yang berbeza macam. biasalah dugaan di bulan Ramadhan selalunya lebih sikit walaupun semua syaitan dah di ikat.
Masa puasa ni la semua orang sibuk pasang niat nak kurus la nak cantik la nak itu la ini la. tapi tau tak niat sebenar? kalau tau, alhamdulillah. pada yang tak tau, cuba muhasabah balik tengok kenapa kita puasa. apa sebabnya. bukan nak berceramah, cuma nak mengingatkan. sebab apa guna kawan yang baik kalau tak ingatkan antara satu sama lain. yedok? :D
Ikhlaskanlah diri untuk berpuasa. baru dapat lebih dari sekadar lapar dan dahaga. :)
kata-kata aljuffreyans at 12:24 AM 0 debat-debat
Labels: ramadhan
Saturday, July 21, 2012
Malam pertama Terawih
Hari first dapat berterawih dalam tahun ni. tak pergi jauh. surau area rumah je dekat. tapi mama nak naik kereta jugak. gatai nak naik kereta. jalan kaki pun dah dekat sangat dah. takpe, mama takut penat la tu. hihi.
Surau area rumah ni buat terawih selalu memang 8rakaat je. so takde la semput nak mengikut imam tu sujud bangun banyak-banyak sebab 8rakaat pun dah macam banyak. tapi takpe, banyak fadhilatnya kan. nak tahu apa kelebihan berterawih pada malam pertama Ramadhan? Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. banyak ganjaran yang insyaallah kita boleh dapat.
Malam pertama Ramadhan memang penuh semua berpusu nak buat terawih di masjid dan surau. harap berkekalan lah untuk malam-malam yang akan datang. tapiii. ada tapinya. budak-budak banyak sangat mengganggu orang nak solat. bising terjerit sana sini, berlari, bergaduh, macam-macam. memang nanti ada yang cakap tak apalah, diorang kecik lagi, tak tau fikir. masa ni la nak lentur budak bagi elok sikit perangainya. biar hormat sikit rumah Allah nak bising-bising.
Parents semua pun kena peka dengan isu ni. bukan je ganggu orang lain, tapi parents sendiri pun tentulah terganggu sama kan. macam mana nak khusyuk kalau tengah baca AlFatihah misalnya tiba-tiba anak awak terjerit panggil "papaaaa" daripada luar masjid. tak ke haru. T__T
p/s: melentur buluh, biarlah dari rebungnya :)
kata-kata aljuffreyans at 12:49 AM 0 debat-debat
Labels: ramadhan
Thursday, July 19, 2012
Nak puasa dah?
Assalamualaikum uols. sekarang nak cakap pasal Ramadhan. haa dah tentu-tentulah semua dah tau Sabtu ni 21 Julai 2012 dah bermulanya bulan Ramadhan. ada apa dengan Ramadhan? yeah soalan budak kecik pun boleh jawab kan. puasa dah semestinya. menahan lapar dan dahaga serta yang seangkatan dengannya.
Susah tak puasa? pernah dengar puasa yang yang yuk? maksudnya siang siang bukak periuk. curi-curi makan la tu. pernah tak korang buat macam tu? tipu la siapa cakap tak pernah. takkan daripada kecil terus dah boleh puasa penuh kan. kalau betul la macam tu, tahniah dan memang tabik hormat la kat korang.
Tak boleh dinafikan aku memang nakal sikit masa sekolah. nakal sikit je eh, tak banyak. biasalah baru nak kenal dunia. hihi. nasib baik sekolah semuanya budak perempuan, jadi macam tak malu sangat kan kalau ponteng puasa. tak ada lelaki nak ejek tengah datang bulan ke apa ke kan. haa nak tau macam mana cara nak makan? mintak tolong student chinese pi beli makanan kat kantin. haha memang diorang la jadi pengantara antara aku dan makanan di kantin. :D sampaikan masuk dalam perhimpunan cikgu bagi warning dekat semua orang jangan kirim makanan kat diorang. aduhai.
Kenangan zaman sekolah sangat banyak yang tak boleh lupa. sebab di situlah tempat yang mengajar kita erti hidup, erti sahabat. siapa yang masih ponteng-ponteng puasa tu berhentilah buat macam tu. dah besar panjang dah pun. cuba sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik. insyaallah. :)
p/s: terngiang-ngiang lagu Raihan
kata-kata aljuffreyans at 11:52 PM 0 debat-debat
Labels: ramadhan