Heee hari ni rasa busy sekejap melayan twitter. oh, memang tiap hari bertwitter tapi malam ni lain sikit. ada trending topic hangat yang jadi panazzzzz sangat dekat timeline. fenomena betul la tadi. penuh kot dengan tweet yang ada #alasanbreakup ni a.k.a. trending topic yang sangat hot meletup melecur.
Cakap pasal alasan break up ni kan, masing-masing mesti ada pengalaman. tipu la korang cakap korang tak pernah bercinta. macam sangat unbelievable tau! hehe. tapi kalau betul tak pernah bercinta tu emm bagus jugak. so get ready je la dengan alasan break up bila dah in relationship. haha.
Kata orang, bila dah tak suka mesti macam-macam alasan diberikan. bukan dalam relationship je, apa-apa pun sama kan. contoh member teman ajak pergi situ pegi sini, kalau dah taknak tu mesti macam-macam alasan yang keluar. sakit perut la, kucing sakit la, baju tengah basuh la, siput masuk bilik la, itu la ini la.
Tapi yang paling kerap aku dengar bila ada long-distance relationship. siapa tak boleh angkat tangan cepat! haaaaa memang ada orang tak boleh macam ni. apa nak buat kan. nasib lah dah TERcouple dengan orang macam tu. mula-mula okay je konon takpe lah, jauh pun tetap sayang. kononnya! lepas tu mula la renggang abesnyer tiba-tiba putus.
Haaa time ni la macam-macam alasan keluar. antara #alasanbreakup tu :
1. Kita berjauhan. i sibuk u pun sibuk. tak ada masa bersama kan.
2. I tak boleh ada long-distance macam ni *padahal dulu dia sibuk berjanji
3. Mungkin kita dah tak serasi, tak ada chemistry *HAHA lame gila!
4. U tak salah sayang, i yang bersalah dalam hal ni T_T
5. I dah jumpa someone else. dia sentiasa dekat dengan i, ada untuk i.
6. U terlalu baik untuk i *padahal bukan kita memang nak orang yang lebih baik?
7. I nak lepaskan u sebab i tau ramai lagi orang yang dapat jaga u dengan baik.
8. Betul ke apa yang kita buat ni sebenarnya? *padahal selama ni okay je
9. Mungkin ni masanya untuk terima kenyataan yang kita dah tak sehaluan =.=
10.Berterus terang jela. I dah tak ada hati kat u. hati i dah ada kat orang lain yang rampas i daripada u. T_T
And i'll bet all of you guys sure tahu banyak lagi alasan yang sekadar alasan untuk melepaskan diri tu kan. but remember, what you give you get back. so berhati-hati la dalam setiap kata-kata dan tindakan. jangan mencalarkan perasaan orang lain tanpa peri kemanusiaan. belajar menghargai orang yang menyayangi kita okay.
p/s : dah pernah kena pun. nasib la kan :)
Friday, August 12, 2011
Apa lagi alasan break up you?
kata-kata aljuffreyans at 3:20 AM 0 debat-debat
Labels: feelings, love, patah hati
Dosa anak perempuan di tanggung bapa?
Assalamualaikum,
Wah macam tu. post berunsur keagamaan baru reti nak bagi salam ye. :D okay, entry kali ni sangatlah serius topiknya. pasal dosa pahala ni aku tahu aku bukanlah orang yang layak untuk membicarakannya. tapi tak salah untuk kita berkongsi apa yang kita tahu kan. tajuknya 'Betulkah dosa anak perempuan yang belum berkahwin ditanggung bapanya?'
Rasanya kebanyakan orang Melayu suka memegang kepercayaan sebegini. anak buat dosa, bapak dia yang tanggung. macam tak fair kan bunyinya tapi kan Allah maha adil. memang ada dosa yang di tanggung si bapa. itu hanya jika mereka tak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menasihati anak dan isteri ke arah kebaikan. haa mesti ramai cakap tapi ada ustaz kata betul la bapak dia la yang tanggung dosa. okay kalau betul hukum tu, mana dalilnya?
Jadi agak merbahaya kalau cakap soal hukum tapi tak ada dalil dan sumber yang sahih. melalui baaaaaanyak sumber yang dijumpai masa tengah research pasal ni, terjumpalah pulak satu petikan ayat Al-Quran dalam surah Al-An'am ayat 164. (Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kpd dirinya sendiri; dan orang yg berdosa TIDAK AKAN memikul dosa orang lain)
Maksudnya kat sini, si bapa memang akan berdosa kalau cuai dalam mendidik anak tapi bukan berdosa untuk setiap dosa yang anak perempuan tu buat. jangan salah faham kat sini. tak ada istilah tolong pikulkan dosa orang lain dalam Islam. kalau senang kena tanggung macam tu kira perempuan ni maksum la kan tak ada dosa la dah semua di tanggung orang lain. Setiap yang akil baligh dah ada sendiri buku catitan dosa pahala. jadi memang tak benarlah fahaman macam ni.
So harap entry ni dapat mengubah fahaman orang terdahulu berkenaan topik ni. ambillah masa bermuhasabah seketika. tak susah tak rumit. kalau ada yang salah dan silap, silalah tegur dengan baik ye. setiap orang ada kesilapan, kalau tak silap tu bukan manusia la tu. :)
kata-kata aljuffreyans at 2:37 AM 2 debat-debat
Monday, August 8, 2011
Nak kan rambut baru untuk raya ni?
Well guys, raya lagi 3 minggu kan. so I'm thinking maybe some of you might worry bout what they gonna style their hair this Eid. tak payah fikir panjang guys. ada suggestion baik punyaaa. hehe Kérastase Paris now tengah bermurah hati sekarang nak bagi free gift salon treatment personalised to your scalp and hair needs. haaa, agak-agak berminat tak?
So what you're waiting for? eehh macam lagu Mizz Nina. haaa tapi betul la kan, tunggu apa lagi? macam mane eh nak dapat free gift ni? senaaaang sangat, just register je form kat SINI lepas tu tunggu beberapa hari kemudian. register cepat-cepat tau sebab valid from 20 July to 20 August 2011 sahaja! once korang dah received gift certificate tu kat mailbox alamat korang, then call je nearest participating Kérastase salon then buat appointment oke? aku dah, korang bila lagi? :D
p/s : jom all my lesbos kita pi buat rambut ramai-ramai! :D
kata-kata aljuffreyans at 9:30 PM 3 debat-debat
Melaka oh Melaka
Suddenly rindu gila kat Melaka. when I was back then rasa macam tak special sangat pun tempat tu. but I was totally wrong. tu lah orang cakap kan bila dah hilang benda tu baru nak teringat-ingat, terbayang-bayang plus terindu-rindu. fikir balik, mana nak dapat tempat yang macam everything just in one place. semua orang pun tau Melaka tak besar mana pun. kecik je kan. so semua ada kat sana senang no need to go far away lookin for something.
Nanti lah aku post cerita everything pasal melaka okay. for now, aku nak tunjuk kat korang hasil kerja aku buat dulu masa belajar kat Lendu, Melaka. kerja memang tak seberapa ni sebab lagi dua hari nak kene submit baru aku terhegeh-hegeh shoot sampai tengah malam buta. special thanks kat semua yang ada dalam video ni, semua housemates kat tun ali dulu except laki tu la kan dia member kitorang. takkan housemate skali jugak. hehe. bukan senang nak shoot satu-satu pictures dalam ni. kalau record video je memang senang kerja kan.
So guys, enjoy la hasil kerja tak seberapa ni k. :)
Sunday, August 7, 2011
Ragam Ramadhan
Dah berbuka semua? makan apa? Alhamdulillah mesti dah kenyang kan. haha rasa macam dalam rancangan TomTombak. tak tau la kenapa :D selesai pun hari ke-7 puasa dalam bulan Ramadhan ni. so guys, dah banyak cabaran dan dugaan dalam seminggu ni?
Sekarang aku nak cerita pasal perangai manusia di bulan puasa. korang semua pun mesti la dah sedia maklum bulan Ramadhan ni kan bulan Tarbiyyatun nafsi. bulan mendidik nafsu dan jiwa. maksudnya segala perlakuan kita perlu ada adabnya, mana boleh sembarangan macam biasa-biasa. memang, mesti ada yang cakap "Lah, aku memang macam ni pun. macam biasa lah" , "selalu okay je aku buat macam ni". haa lebih kurang macam tu lah. tapi lupa ke, ni kan bulan mulia.
So kat sini aku nak senaraikan benda-benda yang aku nampak sepanjang 7hari berpuasa ni :
1. Memaki / mencarut / #&^%$*^)&)(*)&*%
Haha yang ni sure kene duduk ditangga teratas sekali. betul kan? susah gila nak buang tabiat ni. masa bulan-bulan lain pun orang dah pandang-pandang bila ada orang mencarut, apetah lagi bulan puasa. orang ni maki orang tu kat status Facebook dia, orang ni kutuk orang tu kat Twitter. sabar kena lebih lagipun tak manis kan? :)
2. Kurang bersyukur
Okay yang ni satu hal. kita pun tau, masa ni memang masa yang sesuai untuk insafkan diri, tengok balik apa kita dah buat. muhasabah diri kan bagus. macam ustaz yang pernah ceramahkan kita la, diorang pun semua cakap ramai lagi orang kat luar sana tak dapat makan, kebuluran. tapi kita mewah gila dengan makanan. puasa bukan setakat puasa je tau.
3. Berhuha-huha sangat (i mean bersukaria :D )
Bukan tak boleh nak having fun but just don't too much. dekat Facebook terutamanya ramai sangat orang duk post gitu gini pergi sana pergi sini. yang post pasal terawih tak banyak pulak. tapi yang aku nampak post pasal pergi karaoke masa lepas berbuka banyaaaaaak sangat. orang-orang mukmin terdahulu khatam Quran dalam masa 3hari saja dalam bulan puasa ni tapi orang sekarang 3hari berturut-turut pergi karaoke. T_T
4. Perangai serupa itu *&^&%^
Haa yang ni boleh membuatkan orang-orang yang tak bersalah buat perkara yang no.1 tadi. disebabkan orang macam ni la buat orang akan mencaruttttt kat diorang. okey eh contoh kat bazaar Ramadhan, orang semua duk beratur. tiba-tiba ada sorang makcik ni terus pergi ke depan, dah la tu main tarik-tarik orang depan pulak sebab dia nak duduk depan sekali. orang yang tengok akan rasa macam mana? takkan nak hamun si makcik ni depan dia pulak? dah dia buat dosa hamun makcik tu dalam hati. bikin naya kan orang. T_T
So ni je kot yang dapat aku list kan untuk you guys. all those pictures memang tak ada berkenaan yang hidup dan mati. hehe. next time if aku nampak apa-apa lagi yang tak sedap mata dipandang, aku post lagi okay. adios, Assalamualaikum! :)
p/s : tengok Facebook masa puasa ni rasa macam kurang pahala. you know why. :)
kata-kata aljuffreyans at 8:04 PM 0 debat-debat
Pieces
try them! just go and listen to it. very nice song and lyric :)
I tried to be perfect,
But nothing was worth it,
I don't believe it makes me real.
I thought it'd be easy,
But no one believes me,
I meant all the things I said.
If you believe it's in my soul,
I'd say all the words that I know,
Just to see if it would show,
That I'm trying to let you know,
That I'm better off on my own.
This place is so empty,
My thoughts are so tempting,
I don't know how it got so bad.
Sometimes it's so crazy,
That nothing can save me,
But it's the only thing that I have.
If you believe it's in my soul,
I'd say all the words that I know,
Just to see if it would show,
That I'm trying to let you know,
That I'm better off on my own.
On my own
I tried to be perfect,
It just wasn't worth it,
Nothing could ever be so wrong.
It's hard to believe me,
It never gets easy,
I guess I knew that all along.
If you believe it's in my soul,
I'd say all the words that I know,
Just to see if it would show,
That I'm trying to let you know,
That I'm better off on my own.
kata-kata aljuffreyans at 2:09 AM 0 debat-debat
Sum 41 concert!

Well, as the tittle said. Sum 41 gonna come here in Malaysia and perform their songs! 8th of October 2011 at National Sports Complex. it is a concert guys! hehe maybe a lil inappropriate cause too excited bout artist and all this thingy in Ramadhan. i'm sorry but i just can't keep it inside myself. haha sounds loser!
Start to pampering myself with Sum 41's songs. haha tak sesuai langsung guna pampering. okey now, i'm gonna continue listening to theirs. hope that their ticket are still available. lallaalalalalala~ *excited much
So guys, you can check it out the concert HERE. See yahh.
p/s ; 2nd last pic tu macam best kan. haha
kata-kata aljuffreyans at 1:29 AM 0 debat-debat
Friday, August 5, 2011
Bluuueeerrghhh~
Since after 1st puasa, aku dah terrr stop blogging sekejap. you wanna know why? i'll tell you why. haha padahal tak ada sesiapa pun yang peduli kan. perasan je. lepas je aku post blog yang terakhir sebelum ni pasal Movie Marathon tu then aku terus tidur la kan. nak bangun sahur je terus dah rasa tak sedap badan gila-gila. bangun je dari katil terus muntah-muntah.
Wahh macam hot je pic kat atas ni kan. tapi dah tentu-tentu la bukan aku. my hair color bukan blonde oke! heee emo pulak tetiba. tapi memang macam tu lah aku duk mencangkung tepi toilet bowl. perit tak payah nak cakap la. dah rugi la sehari puasa aku terpaksa la cancel. macam mana nak puasa dah asyik muntah aje. pun serupa puasa jugak, bukan boleh makan apa-apa pun. sekali telan, berkali-kali la aku muntah. uweeekkk. eh, apesal eh muntah-muntah? sure korang tanyaaaaa. :p
Hahahaha gila ke korang. of course bukan sebab mengandung laaaa! lame gila kan. kalau muntah-muntah je sure respond orang akan tanya berapa bulan? bodoh la. :D ni sebab food poisoning kot. aku kemain hirup dengan lazatnya kuah asam pedas mama. tapi rasa pedas tu pelik sikit. lain dari yang biasa mama buat. mama pun cakap entahla, cili import kot. tapi memang lain lah. pedas macam tak hengat punya. sampai bibir pun rasa terbakar.
Lepas tu aku pun terpaksa kawal makan buat sementara waktu. sebabnya karang salah makan lagi mula la rasa perut lain macam and will end up to uweeeekkk! kesian kan aku. kesian kannnnn? :p
p/s : gambar budak tepi perut tu cute kan? :D
kata-kata aljuffreyans at 11:50 PM 0 debat-debat
Monday, August 1, 2011
Movie marathon
Daripada dua hari lepas aku buat malay movie marathon.
*sokseksoksek tak padan dengan bulan Ramadhan, sibuk dok post pasal movie.
haaa mesti korang cakap macam tu kan. haha takpe aku tak kisah. sebab nak buat macam mana dah aku tengok daripada sebelum masuk bulan puasa lagi. wat to do. i dunno, u know? hehe so inilah dia hasilnya :D1. KL GANGSTER
Aku agak tertarik nak tengok KL Gangster sebab movie ni banyak kontroversi. plus reaksi penonton macam sangat hebat je. so aku try sendiri la tengok kan. dengar daripada orang lain je mana cukup beb. okay, on lappy je terus tengok movie ni.
Movie ni orang cakap sangat kontroversi sebab guna panggilan yang sama dengan PEKIDA such as abanglong, ayahanda. cakap pasal isu ni, aku tak fikir ni adalah isu sensetif sebab perkataan macam tu bukan hak milik berdaftar pihak tu. perkataan tu memang ada dalam kamus dewan bahasa dan memang boleh digunapakai sesiapa pun kan. tapi diorang nak terasa. tak apa, tu diorang punya pasal.
Cerita ni best jugak dan ada nilai-nilai yang boleh dicontohi dan ada jugak yang tak. so kita pandai-pandai nilai sendiri la. semua pun dah besar panjang kan. tapi aku suka bila masukkan Zizan rajalawak tu dalam cerita ni. nampak meriahnya sikit dengan lawak dia tu. Aaron Aziz pulak seperti biasa memang kekal dalam kemachoan. Syamsul Yusuf pulak memang menjadi la perangai jahanam dia dalam filem ni. overall, semua nampak cool dan susah cari cacat celanya. best! :)
2. KONGSI
Cerita ni macam tak nampak la apa sebenarnya yang dia nak. macam kita sentiasa tertanya-tanya kenapa itu kenapa ini. banyak sangat menda yang tunggang langgang kot. tapi aku suka Sam tu. dia tetap sempoi lakonkan watak orang Thailand. tapi tak silap aku la, movie ni pun di landa kontroversi yang sama dengan KL Gangster di sebabkan gang-gang yang jaga kawasan ni kan.
Tapi cerita ni siap masukkan elemen 1Malaysia sebab ketua kawasan masing-masig ada Melayu, Cina dan India. kira okay je la cerita ni kot. layankan aje la sebab Sam memang pandai melakonkan ape je watak untuk dia. ganas-ganas pun comel. :D
3. SEKALI LAGI
Movie ni sangat sweet and nice. aku suka cara cerita ni bergerak. suka dengan idea asal berkenaan penyakit autism. macam kesian sangat sebab terpaksa jalani kehidupan yang tak normal. lagi kesian bila ada yang nak ambil kesempatan kat dia. banyak suka duka sangat.
Tapi kalau tengok balik lokasi penggambaran filem ni, boleh agak kot murah ke mahal. yelah, takat sewa banglo besar, gerai tepi jalan, rumah kampung memang sikit je modalnya. tapi impak besar kot. si comel Mia Sara tu nampak adorable sangat. sesuai berganding dengan mama Lisa Surihani. Sam pulak memang sentiasa dalam lakonan yang tiptop! :)
4. 3, 2, 1 CINTA

Hehe, filem ni aku suka sebab cute! agak-agak in real life ade ke minah yang sanggup buat macam-macam untuk dapatkan hati lelaki? sure tak ada kan. so cerita ni memang sempoi habis. dah la buat kat fakulti aku. Masscomm kan. hoho. sweet jugak la sebenarnya Diana Amir (Sam) bila dia yang nak approach Farid Kamil.
Paling sweet plus terharu bila Pierre Andre bagitau yang dia extend sem semata-mata sebab nak tunggu Sam. gila terharu wa cakap lu! time tu sumpah rasa macam gila ikhlas mamat ni sanggup tanggung malu orang duk kutuk dia tak habis-habis blaja lagi semata-mata sebab nak tunggu pompuan sorang ni. ada tak agak-agak orang yang macam ni? indahnya dunia. heee.
Aku suka la rambut Diana Amir dalam movie ni. rambut dia kat blakang tu sumpah smart! boleh tak

p/s : Semua ni ada buat aku nangis kecuali Kongsi. haha :)
kata-kata aljuffreyans at 11:29 PM 0 debat-debat
Part time babysitter di hari pertama Ramadhan
Dah selesai pun puasa untuk hari ni kan. so, ada cerita best nak kongsi ke? aku tak ada apa-apa istimewa pun. cuma hari ni kena jadi babysitter separuh masa pulak. nak kena jaga si kecik Kaisya ni sebab walid dengan ummi dia pergi keluar sekejap. akulah yang terpaksa melayan karenah dia yang memang la banyak songeh ni.
Nak mandi lah, nak itu lah, nak ini lah. turutkan aje lah karang tak ikut kang menangis melalak siapa nak jawap. orang lain memang tak cara la pasal dia. jujur memang aku tak penah mandikan budak. ni kira first time la aku mandikan tanpa sesiapa pun tolong aku. nasib baik la dah besar sikit si Kaisya ni. tak ada la susah sangat nak mandikan budak sebesar ni. sekejap je mandi, tak macam kalau diri sendiri mandi. :D
Satu je yang paling tak tahan kalau duduk depan tv sama-sama dengan si kecik ni. dia suka tengok Babytv dekat Astro channel 618 kalau tak silap la. korang mesti ramai tak tau kan channel ni. aku tak pernah tau sampai la si kecik ni balik rumah. bukan main dia marah kalau kita acah nak tukar channel lain, apetah lagi kalau tukar betul-betul. lagi mengamuklah dia. yang paling sakit hati, tekan info pun dah merengek-rengek suruh tutup balik info tu. T_T
Ni antara program-program dalam Babytv tu. memang buat sesiapa pun nak tidur!
Sekarang si kecik tu dah balik rumah nenek sebelah ummi dia pulak. memang aman terus rumah ni. haha tak baik pulak rasa. tapi memang kenyataan kot. sebab rumah aku memang selalunya sunyi, bila budak-budak balik rumah memang sangat kontra dengan suasana sebelum ni. walaupun annoying macam tu, tapi aku tetap sayang. anak saudara kan. gila kau tak sayang! :)
kata-kata aljuffreyans at 9:07 PM 0 debat-debat
Welcome Ramadhan
Post pertama untuk Ogos ni dah tentu la pasal Ramadhan. Ramadhan bulan ape ye adik kakak? Yeeeee, tepat skali! untuk puasa dan tambahkan amal jariah. hehe jadi ustazah kejap malam-malam ni. ada jugak karang aku tak tidur-tidur sampai la semua orang nak bangun sahur. kakak aku pun ada kat depan aku ni tak boleh tidur jugak. excited nak puasa esok la kot. :D
So kisahnya memang sebulan aku berpuasa sepenuhnya kat rumah tanpa bekerja, tanpa belajar. mungkin lepas ni dah susah nak dapat peluang ni dan mungkin aku takkan dapat peluang ni lagi. lain la kalau nanti insyaallah ada lagi cuti panjang macam ni. seronok la kalau tiap tahun macam ni kan. orang lain yang kena berpuasa kat kolej tu jangan marah okay? rezeki masing-masing. tak kisah kat mana-mana pun kena puasa jugak, sama je kan. :)
Kali ni aku harap dapat puasa penuh. lain la kalau tiba-tiba pulak terbentang RED CARPET, tu lain ceghitaaa. dulu-dulu punya kisah, biarkan je berlalu pergi tanpa perlu menoleh lagi. Selamat menyambut Ramadhan alMubarak ye semua! :)
kata-kata aljuffreyans at 1:56 AM 0 debat-debat
Sunday, July 31, 2011
Auumm auummm!
Hehe, mesti la dah dapat agak kan nak cakap pasal ape ni. tengok title post ni pun dah tentu bunyi harimau. haaa, nak cerita pasal Harimau Malaya kita tu laaa. tiket Malaysia vs. Singapore kan dah start jual Selasa 26/7. tapi aku baru sampai kotaraya pancaroba tu hari rabu. jadi memang dah banyak dengar kat merata-rata cakap tiket semua dah habis jual. mesti pelik kan kenapa aku macam berminat pulak dengan bola. haha ni semua pengaruh gf. dia la yang sibuk sangat nak tengok kat stadium. selalu temankan tengok kat mamak je pun dah cukup. tapi baguslah kan, ada pengalaman sikit tengok bola real dekat stadium.
Sambung balik pasal tiket. memang dengarnya dah habis la kan. tapi kitorang try luck jugak. ingatkan nak pergi tengok betul2 kat stadium betul ke dah habis jual tiket. then gf call member2 dia mana tau kot-kot ada tiket lebih ke. and yeah, kitorang dapat dua tiket. thanks sangat Max. hehe.




So dari tengah hari kitorang keluar sampai la tengah malam. tak banyak sangat gambar yang aku ambil. bateri fon low pulak time tu. cakap pasal Harimau Malaya la pulak. dapat tengok live memang feel lain dari tengok kat tv. tapi kenapa thah nampak diorang main macam tak semangat. macam malas je main, kejar bola. yang geram pulak Singapore memang macam menang Oscar je. suke sangat main baring2 taknak bangun. padahal bukan jatuh ape la sangat.
Gf dah start geram plus kecewa bila Singapore dapat gol satu terus dia dah nak blah dari situ. lagipun memang dah tak sempat Malaysia nak kejar time tu. then tunggu dah nak abis sikit then kitorang pun balik. tapi tak apalah Malaysia, lain kali buat yang lebih terbaik ya! :)
p/s: Khairulfahmi dah putus tunang, ada sesiapa nak masuk line? :p
kata-kata aljuffreyans at 12:53 PM 3 debat-debat
Penghujung Cik July
Sebelum Julai nak mengundur diri dan memberikan laluan kehormat untuk Ogos, baik aku upload some pictures. pertengahan bulan July haritu aku pergi vacation ke Langkawi dengan my girlfriend, Mary Houston. thanks for everything darl. so kat sana memang happening. full of foreigners. mak arab, pak arab, omputeh, matsalleh. apa lagi gelaran semua ada.
Sorry if the quality of the photos turn bad cause i already compressed them. so can I just leave you with all this beautiful pictures? :)
p/s : boleh nak pergi lagi some other time? pergi with all lesbos? :)
kata-kata aljuffreyans at 11:56 AM 0 debat-debat
Labels: friendship, holiday, smile
Wednesday, July 6, 2011
Right path
Hehe lagi sekali dan dah berkali-kali aku selalu neglect blog ni. entah la kenapa macam tak ada passion nak menaip. ni pun baru teringat kat blog sebab nya mira suruh tengok blog khai. penyudahnya tak boleh tengok jugak sebab private. :D
And yes sekarang tengah cuti. so memang clueless nak buat apa. nak kerja tapi macam malas sangat nak pegi cari kerja. tak tau lah kenapa.
one more thing, i hope i choose the right path for my future. insyaallah. :)
kata-kata aljuffreyans at 11:37 PM 0 debat-debat
Labels: home

