Showing posts with label patah hati. Show all posts
Showing posts with label patah hati. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Apa lagi alasan break up you?

Heee hari ni rasa busy sekejap melayan twitter. oh, memang tiap hari bertwitter tapi malam ni lain sikit. ada trending topic hangat yang jadi panazzzzz sangat dekat timeline. fenomena betul la tadi. penuh kot dengan tweet yang ada #alasanbreakup ni a.k.a. trending topic yang sangat hot meletup melecur.


Cakap pasal alasan break up ni kan, masing-masing mesti ada pengalaman. tipu la korang cakap korang tak pernah bercinta. macam sangat unbelievable tau! hehe. tapi kalau betul tak pernah bercinta tu emm bagus jugak. so get ready je la dengan alasan break up bila dah in relationship. haha.

Kata orang, bila dah tak suka mesti macam-macam alasan diberikan. bukan dalam relationship je, apa-apa pun sama kan. contoh member teman ajak pergi situ pegi sini, kalau dah taknak tu mesti macam-macam alasan yang keluar. sakit perut la, kucing sakit la, baju tengah basuh la, siput masuk bilik la, itu la ini la.

Tapi yang paling kerap aku dengar bila ada long-distance relationship. siapa tak boleh angkat tangan cepat! haaaaa memang ada orang tak boleh macam ni. apa nak buat kan. nasib lah dah TERcouple dengan orang macam tu. mula-mula okay je konon takpe lah, jauh pun tetap sayang. kononnya! lepas tu mula la renggang abesnyer tiba-tiba putus.

Haaa time ni la macam-macam alasan keluar. antara #alasanbreakup tu :


1. Kita berjauhan. i sibuk u pun sibuk. tak ada masa bersama kan.

2. I tak boleh ada long-distance macam ni *padahal dulu dia sibuk berjanji

3. Mungkin kita dah tak serasi, tak ada chemistry *HAHA lame gila!

4. U tak salah sayang, i yang bersalah dalam hal ni T_T

5. I dah jumpa someone else. dia sentiasa dekat dengan i, ada untuk i.

6. U terlalu baik untuk i *padahal bukan kita memang nak orang yang lebih baik?

7. I nak lepaskan u sebab i tau ramai lagi orang yang dapat jaga u dengan baik.

8. Betul ke apa yang kita buat ni sebenarnya? *padahal selama ni okay je

9. Mungkin ni masanya untuk terima kenyataan yang kita dah tak sehaluan =.=

10.Berterus terang jela. I dah tak ada hati kat u. hati i dah ada kat orang lain yang rampas i daripada u. T_T


And i'll bet all of you guys sure tahu banyak lagi alasan yang sekadar alasan untuk melepaskan diri tu kan. but remember, what you give you get back. so berhati-hati la dalam setiap kata-kata dan tindakan. jangan mencalarkan perasaan orang lain tanpa peri kemanusiaan. belajar menghargai orang yang menyayangi kita okay.

p/s : dah pernah kena pun. nasib la kan :)

Tuesday, December 8, 2009

patah hati?



pernah terfikir tak kalau satu hari nanti orang yang sangat-sangat kamu sayangi dan cintai pergi tinggalkan kamu? mesti akan jadi satu mimpi ngeri bagi orang yang begitu takutkan situasi macam ni. dapat bayang kan tak? ditinggalkan mati dan di tinggalkan kerana ada yang lain dua situasi yang sangat lah berbeza. mati sudah tentu ajal yang tak dapat nak di elakkan lagi. tapi ditinggalkan kerana ada yang lain mesti memberi satu tamparan besar untuk mereka yang benar-benar mencintai seseorang tu.

bila meluahkan pada orang yang sudi mendengar, pasti mereka-mereka yang lain akan memberi respon dan nasihat yang sama kan? "ah,kau cari je orang lain.berlambak orang kat luar sana" , "nak buat macam mana, benda dah jadi." , "terima je hakikat" . dan kamu sendiri boleh fikirkan macam-macam lagi respon yang di beri. tapi semudah itu ke orang yang kecewa tu menerima? mungkin benar ramai lagi yang lain tapi tak sama kan. serupa tapi berbeza. perasaan bukan mudah untuk di tolak tarik, di buang ambil, di padam tulis.

habis, apa boleh di buat jika situasi ni berlaku pada kita? bersabar dan tabah saja kunci pada situasi begini. mungkin kita tak mampu untuk mengubah seseorang menjadi apa yang kita inginkan, tapi kita boleh merubah diri menjadi yang lebih baik dan terbaik kan. apa pun yang terjadi, jalan penyelesaian sentiasa berada di hadapan mata. cuma bergantung pada kita untuk menilai dan mengambil yang terbaik untuk diri kita sendiri. yang lebih bagus, sayangi diri sendiri. :)

p/s : sepi sekuntum mawar merah.