Alhamdulillah, hari ni dah genap sebulan pakai contact lens.
Haha teringat sebulan yang lepas, orang lain kemain shopping baju raya, kasut
raya, kuih raya dengan segalanya tentang raya tapi aku pulak sibuk nak beli
lens raya. Lepas tu time raya bukannya pakai pun. Hajat memang dah lama sangat
nak pakai but then tak berkesempatan. Tapi masa tu keluar jalan dengan ejoe, so
tetiba rasa macam nak buat lens. Pun pergi la check mata and all that. 2, 3
hari lepas tu terus dating ambil lens kat kedai tu.
So far pakai lens memang rasa best. Rasa macam dah tak rabun
lagi. Tapiiii, untuk 8jam je la tak rabun kan. Lepas tu dah kena remove. Huuu. Ramai
orang cakap buat apa nak pakai lens, susah la leceh la itu la ini la. Hurm kebanyakannya
memang betul sebab it takes time kan nak pakai. Kena cuci tangan bersih dulu,
bukak lens box tu, bilas dengan solution dia, lepas tu bukak mata besar-besar,
letak kat mata pelan-pelan and last skali kelip-kelip mata dulu. Haaa bunyi
sangat leceh kan. Tapi banyak benefit kot. Depends la.
For me, memang tak ada keyakinan bila pakai spect in public.
Tak tau kenapa. Spect pun sentiasa tersimpan dekat dalam handbag je kalau
keluar. So memang natijahnya, jalan pun tak pandang sesiapa. Kalau nampak pun
bukan jelas la kan. Bila pakai lens, senang rasa hidup. Tak susahkan orang lain,
sendiri pandang, sendiri baca. Siap boleh tunjuk kat orang lain lagi. Hoho. Tapi
niat sebenarnya memang sebab nak senang pergi kelas. Tak payah nak bawak spect
la ape la.
Lens should be remove after 8hours but then aku pernah
terlajak sampai 12jam. Memang pedih nak merah-merah jugak la mata tapi it’s
okay asalkan jangan selalu buat. Boleh rosak mata dan menyebabkan terbentuknya
lubang-lubang kecil dekat anak mata. Tu optometrist la yang cakap. Kalau dah teruk sangat boleh
jadi buta. Hah, nak jadi buta dik nom? Sure la taknak kan, jadi jagalah mata
anda. Siap buat pesanan khidmat masyarakat tau. Kelas kau maria! :D
p/s: ada seorang kawan suka sangat menganjing suruh pakai
color lens. Baru jadi Barbie doll sikit katanya :p
0 debat-debat:
Post a Comment