Monday, September 26, 2011
Lens oh lens
kata-kata aljuffreyans at 9:58 PM 0 debat-debat
Labels: changes
MASIF kononnya :D
Boredom strikes! and here we go, baru rasa rajin nak update blog plus broadband tak buat hal kan. haaa btw, dekat Seksyen 7 Shah Alam ni line Maxis sangat sucks ye tuan-tuan dan puan-puan. tak kira line telefon ke line internet ke memang sangat rasa nak memaki hamun. kekadang tiba-tiba je dapat text tulis ada misscall, padahal tak bunyi langsung phone time tu. same goes to messages. kekadang sampai 5minit camtu baru delivered. nak call pun tak boleh. aduh sabar je la. mujur ada second phone guna line Digi. so selamat la sikit if ada something important kan.
Last week dekat KLCC ada MASIF 2011. uols yang tak tau apa tu silalah cari dekat encik Google. time ni Mira a.k.a. Ariy datang melawat saya kat Shah Alam bersama Lily. Mula-mula suruh diorang berhenti dekat KTM Shah Alam. fikir balik, Batu tiga dekat lagi kot. terus text mira. haha gelabah jugak la mira sebab dah dalam tren kan. nasib baik la turun Batu Tiga dulu baru Shah Alam. bersiap-siap nak amik kat sana lambat sikit. heee sorry darl tunggu lama sikit. :D lepas amik tu baru terfikir, lahh KTM Padang Jawa lagi dekat kot. haha takpe lah, baru lagi kan area sini.
Diorang tidur semalam dekat rumah then kitorang pergi KLCC sama-sama. konon-konon nak tengok show tapi takda pape lagi. so pergi la kat Galeri Petronas ada Pameran AntaraBudaya. sayang tak boleh snap picture sebab banyak art collection yang priceless. tapi memang cantik sangat plus rasa diri ni kerdil dalam lautan karya yang sangat bernilai. kalau la ada tangan dan otak yang kreatif macam ni kan indah. tapi satu je yang tetap tak boleh terima sampai sekarang. lukisan yang simbah-simbah cat tu. haha macam tak ada motif sangat. nampak sangat aku tak kreatif mana tak dapat nak tafsirkan lukisan tu.
So maybe that's all for now. sakit pinggang duduk menaip atas tilam. tataplah pictures tak seberapa ni. :D
muka inspired much lepas tengok pameran! :D |
muka gf laaagi la inspired habis! dia kata tengok arts macam dalam drama. haha |
penat lenguh kaki, buat muke mintak penampo! |
yeah inilah mereka. left-lily, mira :) |
p/s: kepada lesbos-lesbos ku yang lain, bila nak datang sini?
kata-kata aljuffreyans at 2:08 AM 0 debat-debat
Labels: friendship, weekend
Sunday, September 25, 2011
Tempat baru
Assalamualaikum uols,
Dah lama rasanya jari jemari yang tak berapa nak runcing ni menaip laju untuk sebuah blog tersayang ni. haha ayat taknak skema habis pulak kan. it's been 2 weeks since dah pindah Shah Alam ni. Shah Alam treats me nice la so far. dekat dengan kakak. dekat dengan abang. dekat dengan nenek. dekat dengan sedara-mara. mama abah nak datang melawat pun senang. masa dekat Melaka dulu rasa macam duduk Edmonton pun ada. haha. macam jauh di perantauan sangat.
Dekat sini duduk luar jadi NR. siapa tak tau NR tu apa? NR tu Non-Resident. panggilan untuk bebudak yang tak duduk dalam kolej yang diorang provide. rumah yang dapat ni tak cukup tinggi pulak sampai tingkat 3 dan ada 6 anak tangga. penat toksah cakap! sampai-sampai depan pintu je memang termengah-mengah. sebab tu kalau lapar sangat, kadang-kadang malas gila nak turun bawah beli makanan ke apa. nasib baik tak pernah lagi bila turun bawah then tertinggal barang plak kat atas. haruuuu dibuatnya nanti.
Tapi yang bestnya, kawasan rumah ni memang everything la dari ke kedai makan berlambak sampai la ke tempat karaoke pun ada. tapi karok jamban je la. hoho. kereta dengan motor pun memang bersepah kat area sini. orang yang bawak pun kebanyakannya otak bersepah. bawak kereta ikot sedap je. kat sini memang memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. kawasan kedai-kedai tu pun boleh jam sebab diorang ni yang sesukahatiperutlimpahempedu parking tempat orang nak jalan.
Faculty pulak memang tinggi membukit. siap ada tangga setinggi puncak everest. hehe hiperbola sangat ni. tapi best la ada fac sendiri. dulu kat Melaka mana ada fac. kelas semua main campur je dengan budak course lain-lain. banyak la pro and cons dia bila buat asing-asing macam ni kan. tapi memang senang la everything dekat sini-sini je. tengah-tengah fac tu pun ada cafe. so takpayah nak pergi jauh-jauh kalau dah kebulur tu. tapi fac kitorang bersebelahan dengan bebudak sport dengan admin science. hari tu taktau cari kelas sampai tersesat masuk building diorang =.=
So tu je la kot ringkasan tempat baru. :D
p/s: rindu Melaka pulak :(
kata-kata aljuffreyans at 12:50 PM 0 debat-debat
Labels: busy
Tuesday, September 6, 2011
Sum 41 tarik diri
Very short entry. still remember entry about Sum 41 concert! and this one Rockaway 2011 anyone? ? haa just wanna let uols know that Sum 41 dah tarik diri daripada concert tu. sila menangis wahai mereka yang nak juma Sum 41 tu. masalah ape pun tak tau la tiba-tiba tarik diri pulak. tapi concert tu still berjalan and you guys yang nak pergi tengok sila-silalah beli tiket sekarang.
kata-kata aljuffreyans at 7:07 PM 0 debat-debat
Labels: music
Monday, September 5, 2011
Lepas raya
So this is my first entry for September 2011. hee banyak yang berlaku sepanjang tak update blog ni. dan aku tak wish lagi semua orang Selamat Hari Raya! :) dekat Facebook sekarang memang ramaaaaaai sangat orang upload gambar raya. semua bahagia. alhamdulillah. korang punya raya macam mana? agak-agak best tak?
Raya kali ni dekat Klang, Selangor. nenek duduk kat sana so balik sana la. tu pun tak semua adik beradik ada. jadinya raya kali ni macam biasa-biasa je. gambar pun tak ambil banyak. setakat ada je la. dah sibuk ni nak fikir masuk belajar semula. nervous tu lain macam sikit kali ni. entah la kenapa.
p/s : entry paling merapu ni T___T
kata-kata aljuffreyans at 10:30 PM 0 debat-debat