Thursday, December 10, 2009

imy



and yes. i cry again.

Wednesday, December 9, 2009

perasaan bukan perasan

love Pictures, Images and Photos

Bubbles Pictures, Images and Photos

semua orang pasti merasakan cinta. cinta pada Allah. cinta pada rasul. cinta pada keluarga. cinta pada kekasih. cinta pada diri sendiri. tapi aku ingin perkatakan tentang cinta pada kekasih. perasaan yang tumbuh tanpa dipaksa dan terpaksa. hanya orang yang mengalaminya saja yang tau betapa indahnya perasaan itu. macam kata orang dulu "makan tak kenyang tidur tak lena". haha. mungkin itu lebih sesuai untuk kategori angau.

apa yang penting dalam sesuatu hubungan? jika mau kan sesuatu itu kekal, jujur adalah salah satu sifat yang sentiasa perlu ada. apalah erti hubungan yang sentiasa mau menyembunyikan sesuatu antara satu sama lain. kata hati dah bersatu, kenapa tak boleh pula berkongsi cerita suka bersama, pedih bersama. jujur bukan saja penting dalam hubungan, tapi untuk keseluruhan kehidupan kita kan.

hubungan memerlukan kesetiaan. itu yang sangat penting. setia saja yang boleh membahagiakan. apa manisnya kalau suka bermain mata di belakang orang yang kita sayang? fikirlah perasaan orang yang mencintai kita. letakkan diri kita dalam keadaan mereka. mungkin dengan cara itu saja baru kita dapat memahami apa yang diperlukan dan apa yang tidak. tanpa ada setia, musnah semua impian yang di bina bersama. hargai orang yang mencintai kita ok.

p/s : rahsia hati.

Tuesday, December 8, 2009

patah hati?



pernah terfikir tak kalau satu hari nanti orang yang sangat-sangat kamu sayangi dan cintai pergi tinggalkan kamu? mesti akan jadi satu mimpi ngeri bagi orang yang begitu takutkan situasi macam ni. dapat bayang kan tak? ditinggalkan mati dan di tinggalkan kerana ada yang lain dua situasi yang sangat lah berbeza. mati sudah tentu ajal yang tak dapat nak di elakkan lagi. tapi ditinggalkan kerana ada yang lain mesti memberi satu tamparan besar untuk mereka yang benar-benar mencintai seseorang tu.

bila meluahkan pada orang yang sudi mendengar, pasti mereka-mereka yang lain akan memberi respon dan nasihat yang sama kan? "ah,kau cari je orang lain.berlambak orang kat luar sana" , "nak buat macam mana, benda dah jadi." , "terima je hakikat" . dan kamu sendiri boleh fikirkan macam-macam lagi respon yang di beri. tapi semudah itu ke orang yang kecewa tu menerima? mungkin benar ramai lagi yang lain tapi tak sama kan. serupa tapi berbeza. perasaan bukan mudah untuk di tolak tarik, di buang ambil, di padam tulis.

habis, apa boleh di buat jika situasi ni berlaku pada kita? bersabar dan tabah saja kunci pada situasi begini. mungkin kita tak mampu untuk mengubah seseorang menjadi apa yang kita inginkan, tapi kita boleh merubah diri menjadi yang lebih baik dan terbaik kan. apa pun yang terjadi, jalan penyelesaian sentiasa berada di hadapan mata. cuma bergantung pada kita untuk menilai dan mengambil yang terbaik untuk diri kita sendiri. yang lebih bagus, sayangi diri sendiri. :)

p/s : sepi sekuntum mawar merah.

Friday, December 4, 2009

what can i do?

what can i do to make you love me?

what can i do to make u care?

p/s : be with you.